JenayahNasionalNegeri

Tiga bot ditahan tangguk siput retak seribu di perairan Perlis

TARIKAN siput retak seribu di perairan Perlis membawa padah kepada tiga bot nelayan yang berpengkalan di jeti Kuala Kedah. Pencerobohan ini telah dilaporkan oleh orang ramai melalui Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis.

Berikutan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis telan menahan tiga bot nelayan tempatan Kelas A ini pada tiga lokasi berbeza sekitar pukul 4 pagi semalam berhampiran perairan Kuala Sungai Baru.

Sebahagian siput retak seribu yang ditangguk oleh penceroboh dirampas oleh Zon Maritim Kuala Perlis

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain berkata, bot ronda Maritim Malaysia telah tiba ke lokasi tangkapan setelah menerima maklumat daripada orang awam mengenai pencerobohan yang dilakukan oleh bot menangkap siput.

“Bot bernombor pendaftaran KHF 2542, KHF 1266 dan KHF 2516 ditahan pada pukul 4.10 hingga 4.20 pagi pada kedudukan lebih kurang 1.7 hingga 1.9 batu nautika dari barat laut Kuala Sungai Baru oleh bot ronda Maritim Malaysia di sekitar perairan Perlis,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati, kesemua bot terbabit berpangkalan di Jeti Kuala Kedah itu melakukan aktiviti menangguk siput retak seribu secara haram.

Bot kelas A berpengkalan di jeti Kuala Kedah ditahan kerana menangguk siput retak seribu yang diharamkan di perairan Kuala Perlis.

Katanya, ketiga bot berkenaan dikemudikan oleh seorang tekong dan dua awak-awak warga tempatan yang berumur antara 17 hingga 48 tahun.

Tambahnya, kesemua tekong, awak-awak dan bot serta hasil tangkapan siput yang dianggarkan bernilai RM 93,240 tersebut dibawa masuk ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes akan disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (b) kerana melanggar syarat sah lesen dan Seksyen 11 (3) (c) kerana memasang atau menyebabkan dipasang apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan. – SM

(Visited 310 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button