Nasional

Tangguh perjalanan ke Hong Kong jika kurang penting

RAKYAT Malaysia yang mempunyai urusan kurang penting dinasihatkan supaya menangguhkan perjalanan ke Hong Kong berikutan demonstrasi dan protes yang masih berlaku di beberapa daerah di wilayah itu.

Kementerian Luar dalam notis perjalanan yang dikeluarkan hari ini berkata beberapa kawasan di Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong mungkin terjejas akibat demonstrasi dan protes, sementara gangguan terhadap pergerakan dan pengangkutan awam boleh berlaku tanpa notis.

“Pada ketika ini, rakyat Malaysia dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan yang tidak penting ke kawasan yang terjejas,” kata kenyataan itu.

Kementerian Luar juga menasihatkan rakyat Malaysia di Hong Kong untuk mengelakkan sebarang kawasan demonstrasi dan mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu untuk memastikan keselamatan diri.

“Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya sentiasa waspada, peka kepada keadaan persekitaran dan terus memantau perkembangan terbaharu melalui siaran berita atau pengumuman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” kata kenyataan itu.

Kementerian Luar juga menasihatkan rakyat Malaysia di Hong Kong untuk mendaftar dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong SAR melalui e-mel.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular dan perkhidmatan boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di: Konsulat Jeneral Malaysia di Hong Kong SAR No Tel: +852 2821 0800 / + 852-6900-6390 [WhatsApp/ eChat] selepas waktu pejabat Faks: +852 28651628 Email : [email protected] Facebook: https://www.facebook.com/MALAYSIAinHongKongMacao Twitter : https://twitter.com/MYCGHKSAR— BERNAMA

(Visited 63 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button