Kebakaran

Adham Baba bergegas ke HSA insiden kebakaran, ziarah pesakit

MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba bergegas ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru petang ini sebaik sahaja mendapat khabar kebakaran di hospital berkenaan.

Beliau turut menziarahi pesakit di wad yang berkenaan serta kakitangan bertugas.

Turut menyertainya Adham ialah Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, R. Vidyananthan; Pengarah Kesihatan negeri, Aman Rabu; Pengarah Bomba, Datuk Yahaya Madis dan Pengarah Hospital Sultanah Aminah, Dr. Mohtar Pugut.

Wad Perubatan Perempuan terbakar kira-kira jam 3 petang tadi. Dalam sidang akhbar di hospital berkenaan, Adham berkata, tiada kecederaan dan kematian dalam kebakaran itu.

Katanya, ketika kejadian 52 pesakit berada dalam Kompleks Wad Perubatan Perempuan. Daripada jumlah itu 24 pesakit berada dalam wad yang terbakar diselamatkan oleh Pasukan Tindakan Pantas (Emergency Respon Team).

“Seramai 42 pesakit dipindahkan ke wad perempuan di bangunan HSA yang lain, manakala 10 pesakit yang memerlukan pemerhatian dipindahkan ke Hospital Permai,” kata beliau.-SM

(Visited 259 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button