Nasional

Tak sampai 24 jam, suspek kes bunuh pengawal keselamatan ditahan

SUSPEK yang terlibat dalam satu kes bunuh dipercayai selepas berlaku pertengkaran pada semalam telah ditahan kira-kira pukul 8 malam hari sama.

Difahamkan, suspek yang berusia 41 tahun ditahan di sebuah perumahan awam di Cheras, tidak jauh dari lokasi kejadian bunuh tersebut.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mokhsein Mohamed Zon berkata,suspek ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bersama Bahagian Siasatan Jenayah IPD Cheras.

“Suspek bekerja sebagai pembantu pemandu lori dan hasil semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah melibatkan kes curi dan ugutan jenayah.

“Suspek juga mempunyai tujuh rekod penyalah gunaan dadah manakala ujian saringan awal air kencing mendapati dia negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mokhsein, motif kejadian masih lagi disiasat.

Jelasnya, suspek kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tujuh hari bermula hari ini.

Semalam, Suara Merdeka melaporkan seorang pengawal keselamatan berusia 52 tahun maut ditikam dalam satu kejadian di sebuah perumahan awam di Cheras.

Mokhsein berkata, pihaknya menerima makluman berkenaan kejadian berkenaan kira-kira pukul 2.03 petang.

Ketika tiba di lokasi, kita dapati mayat seorang lelaki terbaring di hadapan sebuah kedai runcit di tingkat bawah perumahan awam.

“Mangsa dipercayai maut akibat ditikam dengan objek tajam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mokhsein, saksi di lokasi kejadian memberitahu kedua-dua suspek dan mangsa dikatakan bertengkar di hadapan sebuah kedai. -SM

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button