NasionalpilihanUncategorized

Dr. Mohd Khairuddin nafi mempunyai hubungan dengan Mawar Karim

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia, Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan tentang gosip yang menyatakan beliau mempunyai hubungan dengan usahawan selebriti, Mawar Karim.

Dr Mohd khairuddin berkata, semua cerita yang tersebar adalah tidak benar.

“Segala cerita yang disensasikan kononnya berlaku penahanan di sekatan jalan raya di Perasing termasuk gosip berkaitan hubungan dengan selebriti wanita adalah tidak benar dan berniat buruk untuk merosakkan reputasi saya.

“Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana pihak yang didapati menulis, menyiarkan atau menyebarkan cerita palsu serta tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya.

Baru-baru ini telah tersebar cerita yang mengatakan bahawa menteri berkenaan telah diperiksa di satu sekatan jalan raya pada 16 Mei lalu.

Kemudian terdapat pula dakwaan bahawa Mawar Karim turut berada dalam kenderaan bersama menteri berkenaan.

Dala pada itu, sehingga kini Mawar masih lagi belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut. -SM

(Visited 3,210 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button