Nasional

Teliti isu kemasukan pekerja asing ke Malaysia elak implikasi

KEMASUKAN pekerja asing ke negara ini disifatkan sebagai tinggi kerana berdasarkan data sehingga tahun 2020, aliran masuk pekerja asing ke Malaysia berjumlah kira-kira 3.48 juta orang.

Sebagai salah satu ekonomi terbesar di Asia Tenggara, Malaysia merupakan destinasi menarik bagi pekerja dari negara jiran datang ke sini.

BACA Kerajaan melonggarkan peraturan pengambilan pekerja asing dalam 5 sektor

Ini kerana migrasi mereka adalah untuk mencari rezeki dan pekerjaan yang lebih baik berbanding negara asal.

Sepertimana dilaporkan media, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, berkata, daripada 65,850 permohonan pembantu rumah yang diluluskan, hanya 3,150 kontrak pekerjaan telah ditandatangani.

Beliau mengesyaki ramai daripada mereka tiba di sini secara haram.

Media juga melaporkan pada 15 Mac lalu, 10 pekerja asing Bangladesh yang membayar RM20,000 (atau 460,000 Taka) setiap seorang kepada agensi pekerjaan asing untuk sampai ke Malaysia telah ditahan selepas ditinggalkan majikan mereka tanpa tempat tinggal.

Mengulas perkara berkenaan, Setiausaha Persatuan Generasi Demokratik, Vipraharan Balan berkata, kemasukan pekerja asing membawa pelbagai kesan negatif termasuk peningkatan persaingan untuk pekerjaan.

Katanya, ini termasuk gaji yang lebih rendah dan kebajikan pekerja yang kurang memuaskan.

“Hal Ini boleh menjadi masalah di mana terdapat lebihan pekerja yang membawa kepada kesan yang tidak seimbang kepada pendapatan masyarakat tempatan.

“Kerajaan, majikan dan organisasi sivil perlu bekerjasama untuk memastikan pengambilan pekerja asing dijalankan secara telus,” ujarnya.

Ini termasuk mengukuhkan undang-undang, menambah baik mekanisme pengawasan dan penguatkuasaan.

Justeru, semua pihak perlu berwaspada dalam usaha untuk memastikan proses pengambilan pekerja dijalankan dengan meneliti kesejahteraan ekonomi masyarakat tempatan dahulu.

(Visited 285 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button