KesihatanNasionalPenyakit

Hampir 950,000 kanak-kanak lengkap vaksinasi

SERAMAI 945,787 atau 26.6% kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun telah lengkap vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web CovidNow, seramai 1,560,474 atau 43.9% kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,898,581 atau 93.2% lengkap divaksinasi manakala 2,996,030 atau 96.3% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,045,993 individu dewasa atau 68.2% telah menerima dos penggalak manakala 22,968,441 atau 97.6% telah melengkapkan dua dos vaksin dan 23,244,381 (98.8%) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 27,286 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 8,290 dos pertama, 16,207 dos kedua dan 2,789 dos penggalak menjadikan keseluruhan pemberian vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini 70,446,288.

Sementara itu menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, satu kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam di Kedah. – SM

(Visited 134 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button