Nasionalpilihan

31 Ahli Parlimen UMNO, BN sokong Perikatan Nasional

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan 31 Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional akan terus menyokong Perikatan Nasional.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pendirian mereka adalah untuk menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) supaya kerajaan hari ini meneruskan pentadbiran.

“YDPA juga setuju dan beri perkenan supaya satu usul undi percaya dibentangkan dalam Parlimen dan Ahli Parlimen boleh menyatakan pendirian untuk sokong atau tidak.

“Jelas bahawa YDPA mahu parlimen diadakan dan penentuan kerajaan hari ini sama ada masih terus berfungsi atau tidak akan ditentukan oleh Ahli Parlimen sendiri selepas September,” katanya dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Selain Ismail Sabri, turut hadir dalam sidang akhbar berkenaan ialah 21 lagi Ahli Parlimen manakala 10 yang lain tidak dapat hadir atas komitmen kerja.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pihak Istana Negara sudah menyatakan bahawa tidak akan menerima akuan sumpah atau surar-surat sokongan.

“Ada kenyataan daripada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa merea akan hantar nama dan saya rasa perkara ini bertentangan dengan keputusan YDPA.

“Kami Ahli Parlimen yang setia dengan YDPA akan patu titah baginda iaitu apa-apa pun perkara yang ingin diselesaikan berkaitan dengann kerajaan perlu dilakukan di Parlimen.

“Dan kami berpandangan perkara lain adalah perkara yang diluar perkenan YDPA termasuklah tindakan meruntuhkan kerajaan sebelum Parlimen diadakan,” katanya.

Menurut Ismail Sabri, tindakan untuk runtuhkan kerajaan bermakna mereka telah cuba untuk gagalkan hasrat dan titah YDPA.

Jelasnya, mereka yang menderhaka adalah orang yang melanggar titay YDPA supaya usul ini dibawa pada September depan. -SM

(Visited 304 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button