Nasional

COVID-19: Wisma Felcra ditutup, kakitangan kerja dari rumah

WISMA Felcra di ibu negara ditutup hari ini sehingga Ahad depan berikutan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat telah disahkan positif Covid-19.

Dalam satu kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Mohd Nazrul Izam Mansor berkata, semua aktiviti dan operasi di peringkat ibu pejabat telah dihentikan serta-merta bermula sehingga Jumaat, 6 Mac 2020 bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan sanitasi dibuat secara menyeluruh.

Ketua Pegawai Eksekutif Felcra, Mohd Nazrul Izam Mansor berkata, buat masa ini, keadaan terkawal dan tiada simptom ditemui dalam kalangan kakitangan.

“Semua kakitangan diminta bersabar dan bekerjasama dalam mematuhi langkah- langkah pencegahan yang sedang diambil.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, semua kakitangan di ibu pejabat telah diarahkan untuk bekerja dari rumah (work from home) dan dinasihatkan untuk tidak ke luar daerah supaya mudah untuk dihubungi,.

AHLI Lembaga Pengarah Syarikat berkenaan dimaklumkan berada di dalam bangunan Wisma Felcra pada 25 Februari 2020.

(Visited 417 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button