Nasional

Tempahan hotel di Melaka cecah 75 peratus

Pengusaha hotel di Melaka telah menerima tempahan penginapan bilik antara 50 hingga 75 peratus pada musim cuti persekolahan yang bermula hari ini.

Rata-rata pengusaha menjangkakan semua bilik hotel akan habis ditempah menjelang sambutan Krimas tidak lama lagi dan cuti tahun baru ini.

Rosthman Ibrahim.

Pemilik hotel LaCrista, Datuk Rosthman Ibrahim berkata, setakat ini tempahan penginapan bilik sudah mencecah 75 peratus peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding bulan lalu.

Menurutnya, beliau menjangkakan semua bilik bakal habis ditempah pada minggu ketiga bulan ini kerana pihaknya mula menerima banyak panggilan daripada orang perseorangan dan syarikat-syarikat swasta.

“Tahun ini tempahan bilik sangat memberangsangkan jika hendak dibandingkan tempoh yang sama tahun lalu.


“Kami banyak menerima tempahan seminar dan mesyuarat di samping mereka yang berkeluarga. Tempahan adalah dari pelancong domestik dan tidak banyak daripada pelancong luar negara,” katanya di sini hari ini.

Bagi Pengurus Besar Hotel MITC, Sazali Sabri berkata, setakat ini 50 peratus bilik telah ditempah dan dijangka akan meningkat selepas cuti persekolahan ini.

Sazali Sabri.

Menurutnya, berdasarkan maklum balas orang ramai menghubungi hotelnya saban hari sejak awal Disember lalu menunjukkan peningkatan mendadak jika hendak dibanding tahun lalu.

“Tahun lalu kita banyak menerima tempahan penginapan bilik domestik tetapi kali ini keadaan yang serupa hanya ada sedikit pelancong dari Singapura,” ujarnya.

Sazali berkata, pihaknya banyak menerima tempahan secara atas talian sebanyak 60 peratus manakala bakinya adalah melalui panggilan telefon.

Norsalenawaty Mohd. Salleh

Bagi pemilik hotel Queenspark LoVita, Norsalenawaty Mohd. Salleh berkata, pihaknya banyak menerima tempahan ramai pelancong secara berkumpulan khusus dari Indonesia dan domestik.

Menurutnya, setakat ini hampir 50 peratus daripada 50 bilik di hotelnya telah ditempah dan menjangkakan semua penginapan akan dipenuhi menjelang dua minggu lagi.

Katanya, hotelnya banyak menerima banyak tempahan kerana menawarkan harga yang murah serendah RM90 hingga RM135 termasuk sarapan pagi.

“Bagi pelancong berkumpulan, hotel Queenspark LoVita menjadi pilihan kerana menawarkan harga yang murah. Cuti sekolah ini kita banyak terima tempahan berkumpulan berbanding yang berkeluarga,” ujarnya. – SM

(Visited 33 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button