Negeri

Syor slogan baharu “Ini Malaysia Kita” dibawa ke Kabinet

KEMENTERIAN Perpaduan Negara mencadangkan supaya “Ini Malaysia Kita” sebagai slogan baharu yang disifatkan lebih menggambarkan semangat patriotik rakyat di negara ini.

Menterinya, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, dengan slogan “Ini Malaysia Kita” beliau berpendapat, lebih membawa kepada keamanan, kegembiraan, kesejahteraan dan bersama-sama membanteras gejala yang merosakkan masyarakat seperti dadah dan pelbagai jenayah lain.

Aaron Ago Dagang merasmikan majlis Perjumpaan dan Amanat Menteri Perpaduan Negara Peringkat Negeri Perlis dan Kedah di Dewan 2020 di Kangar. – Gambar Ihsan Jabatan Penerangan Perlis

“Kita akan mengemukakan cadangan slogan baharu ini kepada Kabinet,” katanya kepada media selepas majlis Perjumpaan dan Amanat Menteri Perpaduan Negara Peringkat Negeri Perlis dan Kedah di Dewan 2020, Kangar hari ini.

Hampir 700 orang warga Kementerian yang terdiri daripada warga Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Muzium Malaysia, Arkib Negara Malaysia dan Perpustakaan Negara Malaysia bagi negeri Perlis dan Kedah hadir ke majlis tersebut.

Aaron berkata, hasil Kajian Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2.0 bersama Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menunjukkan pencapaian pada nilai 0.629 di mana membawa maksud kesepaduan nasional negara ini berada pada tahap sederhana dan terkawal.


Katanya, pelaksanaan Kajian IPNas ini selaras dengan Dasar Perpaduan Negara (DPN) dan Bidang Keutamaan E Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).

“Kajian IPNas 2.0 ini untuk mengukur tahap perpaduan dan keharmonian negara bagi tempoh dua tahun,” katanya.

Berikutan itu, katanya, daripada kajian ini akan dicadangkan satu pelan tindakan bagi meningkatkan tahap perpaduan di Malaysia,” katanya. – SM

(Visited 67 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button