Negeri

Peniaga lega kerajaan benarkan restoran beroperasi

Peniaga kecil di Pasar Sejahtera Tanjung Piandang, Parit Buntar, merasa lega apabila pihak Kerajaan membenarkan restoran dan gerai makan dibuka semula semalam.
Seorang peniaga menjual makanan kuih dan minuman hanya dikenali Aida berkata selama lebih kurang tiga minggu kami hanya dibenarkan menjual secara bungkus bawa balik kerumah tidak dibenarkan pelanggan makan digerai terpaksa kita patuhi SOP.
“Hari ini kami dibenarkan semula pelanggan duduk dimeja dihadkan dua orang sahaja serta didaftar buku masuk dengan menggunakkan imbas suhu.
“Masa tiga minggu lebih kurang beli dan balik oleh pelanggan jauh beza dengan makan di kedai pendapatan agak kurang sambutan lain duduk di meja tetapi tetap bersyukur kepada Allah dan boleh niaga membantu pendapatan keluarga menjalankan perniagaan sejak pasar sejahtera ini dibuka,” katanya.
Katanya, ramai yang menghantar kuih-muih dan beliau menolong menjualkannya dan setakat ini sambutan amat menggalakan.
“Tidak secara langsung bantu kawan-kawan menjana pendapatan mereka kebanyakkan suri rumah tangga terjejas teruk pendapatan berikutan PKP dilaksanakan sejak setahun lalu.

“Gerai saya dan anak anak membantu setiap waktu pagi sehingga tengahari. Saya ajar mereka berdikari belajar niaga untuk masa depan. Gerai disewa daripada Majlis Daerah Kerian,” katanya.

Foto dan Teks: Malik Aslie

(Visited 252 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button