NegeriRencah Hidup

Raja Permaisuri Agong rasmi WTD 2024, Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Perlis

Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang diiringi Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berkenan berbual dengan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen, Mohd Shukri Ramli dan isteri semasa keberangkatan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar, pagi ini.

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan berangkat ke Perlis bagi merasmikan World Thinking Day (WTD) 2024, Persatuan Pandu Puteri Malaysia di Dewan 2020, Persiaran Wawasan, Kangar, petang ini.

Keberangkatan tiba Baginda yang diiringi Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor disambut oleh Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar, pagi ini.

Hadir sama Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli dan isteri serta Mufti Perlis, Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang memimpin bacaan doa.

Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid dan Raja Puan Muda Perlis turut berangkat ke majlis sambutan yang bertemakan “Our World, Our Thriving Future”.

Hadir sama ke majlis yang dituanrumahkan oleh Persatuan Pandu Puteri Negeri Perlis pada kali ini ialah isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail merangkap Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.

Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah yang diiringi Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen mengaminkan doa yang dibacakan pada keberangkatan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar, pagi ini.

Persatuan Pandu Puteri Malaysia merupakan sebuah organisasi yang telah berusia 108 tahun dan menumpukan serta memperkasa wanita muda pada hari ini dan juga akan datang. – SM

BACA Raja Permaisuri Agong terima pengiktirafan tertinggi Pandu Puteri

BACA Muhaini janji naikkan nama, imej Persatuan Pandu Puteri Malaysia

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button