Nasional

Raja Permaisuri Agong terima pengiktirafan tertinggi Pandu Puteri

RAJA Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini mendapat pengiktirafan tertinggi apabila dianugerahkan pingat perkhidmatan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS).

Pingat perkhidmatan WAGGGS merupakan bentuk pengiktirafan tertinggi yang diberikan oleh WAGGGS, kepada individu cemerlang yang mempamerkan perkhidmatan luar biasa kepada pertubuhan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri di peringkat nasional dan global.

Pengumuman rasmi dibuat oleh pengerusi Lembaga WAGGGS Sedunia Ana Maria Mideros menerusi saluran Youtube WAGGGS.

Beliau berkata Tunku Azizah amat aktif dalam Persatuan Pandu Puteri Malaysia, memegang jawatan di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

“Baginda amat gigih dalam usaha membangunkan potensi wanita dan juga gadis muda ke arena antarabangsa menerusi pandu puteri,” katanya.

Tunku Azizah pernah menyandang gelaran Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Pahang; Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia; dan pada tahun 2015 baginda menjadi Penaung Diraja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri (EAPW) dengan keanggotaan dari 27 negara di rantau Asia Pasifik. – BERNAMA

(Visited 658 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button