AgamaNegeriRencah Hidup

80 wanita sertai Muslimah Pembela Akidah

KEMELUT kes tiga beradik mualaf belum berakhir  dan sekali gus sebagai peringatan kepada umat Islam supaya terus berusaha mempertahankan akidah sepanjang masa.

Rentetan kes ini telah membawa kepada penyerahan memorandum oleh Pengerusi Himpunan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Perlis (HIMPUNAN).

Beliau juga Timbalan Pengerusi Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (5PMPs) Cawangan Perlis, Azemi Salim.

Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar bersama dengan penceramah, penganjur dan sebahagian peserta Muslimah Pembela Akidah di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar, semalam.

Penyerahan dibukat kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd. Nazim Mohd. Noor, baru-baru ini.

Malah dengan penganjuran majlis Muslimah Membela Akidah di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail semalam juga disifatkan sebagai tepat pada waktunya.

Majlis berkenaan, anjuran bersama Institut Sunnah dan Irshad (ISNAD), Jabatan Mufti Negeri Perlis, MAIPs dan HIMPUNAN.

Kira-kira 80 wanita hadir di majlis yang diserikan dengan keberangkatan anakanda sulung Raja Muda Perlis, Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Pengisian majlis bermula dengan tayangan video Natrah kisah seorang kanak-kanak bernama Natrah yang dibela oleh sebuah keluarga Melayu di Singapura.

Natrah direbut oleh bapanya, seorang Belanda yang mana peristiwa itu telah menggemparkan Tanah Melayu. Sehingga kini peristiwa murtad itu terus diperkatakan.

Sharifah Khatreena Nuraniah Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) bersama dengan peserta membaca ikrar Muslimah Pembela Akidah di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail di Kangar, Perlis, semalam.

Usai tayangan video Natrah, ceramah dimulakan oleh Ustazah Nor Faezah Hasesan (Pegawai ISNAD) dan Ustazah Habsah Arshad (Pemegang Tauliah Guru Al-Qur’an MAIPs) yang menyampaikan tajuk “Wasiat Luqman Al-Hakim Dalam Tilawah Dan Tadabbur”.

Persembahan Kumpulan Nasyid Aqidah “Sumayyah” oleh Anak-anak Puteri Pusat Jagaan Teratak Rahmat, Mata Ayer turut memeriahkan majlis.

Ustazah Nurul Faezah Yahya Pensyarah, Fakulti Pengajian Islam, Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) pula menyampaikan ceramah bertajuk “Kepentingan Pendidikan Aqidah Kepada Generasi Wanita Masa Kini”.

Adik Amna Humaira Azwar (Anak Puteri Pusat Jagaan Teratak Rahmat, Mata Ayer) pula mendeklamasi Puisi Aqidah – “Payung Islam” karya Penyair Roslan Bidin.

Manakala Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan dan Hub Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), Ustazah Azizah Mat Isa Al-Hafizah pula menyampaikan ceramah bertajuk “Menyemai Aqidah: Melentur Biarlah Waktu Rebung”.

Tayangan Video Ustazah Nazirah Nantha Kumari yang berkaitan dengan tiga kanak-kanak mualaf ini mengakhiri majlis yang bukan sahaja penuh ilmu tetapi membawa sejuta makna dalam kehidupan. – SM

(Visited 718 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button