Nasional

Sumbangan pelbagai pihak terus diharap untuk bantu asnaf

MALAYSIAN Relief Agency (MRA) masih memerlukan bantuan sumbangan daripada orang ramai dan syarikat korporat untuk melaksanakan pek bantuan makanan asnaf kerana permintaan adalah sangat tinggi.

Presiden MRA, Dr Mohd Daud Sulaiman berkata, pihaknya menyasarkan 20,000 keluarga dapat dibantu dan berharap dapat menyantuni lebih ramai lagi keluarga asnaf yang memerlukan di seluruh negara.

“Malaysian Relief Agency (MRA) berasa amat prihatin kepada golongan yang memerlukan khususnya apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan unutk tempoh dua minggu lagi sehingga 28 April 2020.

“MRA amat yakin bahawa keputusan ini dibuat secara teliti oleh pihak kerajaan bertujuan memutuskan rantaian penularan dan membendung wabak jangkitan Covid-19,” katanya.

 

Sebagai salah sebuah NGO kemanusiaan yang membantu KKM memerangi penyebaran Covid-19 di Malaysia, MRA telah berusaha keras untuk menyalurkan bantuan alatan perubatan kepada petugas barisan hadapan dan fasiliti KKM dan pada masa yang sama menyantuni golongan asnaf yang memerlukan bantuan makanan harian yang terputus bekalan akibat PKP.

Sehingga ke saat ini MRA telah mengagihkan sumbangan perubatan dan bukan perubatan berjumlah RM 2.5 juta melalui 10 cawangan MRA Negeri. Bantuan yang disampaikan ini adalah hasil kutipan Tabung Kecemasan Covid-19 dan sumbangan daripada pelbagai yayasan dan syarikat koroprat yang prihatin terhadap perjuangan menentang penularan Covid-19.

Yang terbaharu, MRA telah menyampaikan sebanyak 1 juta unit sarung tangan perubatan (medical grade non-sterile glove) hasil sumbangan Yayasan Hartalega. Sarung tangan ini akan diedarkan ke seluruh negara khususnya ke Sabah dan Sarawak melalui perkhidmatan logistik udara yang ditawarkan secara percuma oleh TUDM. MRA telah menyampaikan sumbangan perubatan berupa alatan keselamatan peribadi (PPE), topeng muka, tudung kepala, pelindung muka (face shield), cecair disifektan dan sarung tangan sejak PKP dilaksanakan.

MRA juga meneruskan sumbangan pek makanan asas kepada golongan asnaf yang terputus bekalan makanan sepanjang PKP dilaksanakan. Sejumlah 8,000 keluarga telah mendapat manfaat melalui program pek makanan asas asnaf ini. MRA ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada Yayasan Kuok yang beribu pejabat di Hong Kong di atas sumbangan 3,000 pek makanan asas kepada golongan yang memerlukan. Pek makanan ini terdiri daripada beras, minyak masak, gula, tepung gandum, sardin dan tuna dalam tin beserta air soya.

MRA dengan kerjasama Syarikat Commerce Dot Com juga menyediakan pek makanan panas sebanyak 10,000 pek yang menyasarkan golongan asnaf di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Pek ini dimasak khas setiap hari oleh tukang masak daripada The Warehouse Café dan diedarkan ke Pusat Perumahan Rakyat (PPR) yang terpilih. Perkhidmatan ini akan berterusan sehingga tamat PKP.

MRA mengalu-alukan rakan korporat dan rakyat Malaysia amnya agar terus membantu MRA dengan menyalurkan sumbangan kepada “Akaun Tabung Kecemasan Covid19 MRA” nombor akaun RHB 264245 0000 7270 atau sila lawati www.mra.my atau fb Malaysian Relief Agency untuk maklumat lanjut. – SM

– COVID-19: MAIPs salur bantuan RM2.6 juta kepada asnaf

(Visited 427 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button