Nasional

Irmohizam dipilih presiden pertama Persatuan Golf Junior Malaysia (MGJA)

PENGARAH Urusan Kumpulan WTCKL, Datuk Seri Dr.Irmohizam Ibrahim dipilih sebagai Presiden Persatuan Golf Junior Malaysia (MGJA) yang pertama untuk tiga tahun bagi sesi 2022-2025.

Keputusan itu telah dicapai oleh seluruh perwakilan menerusi Mesyuarat Agung yang buat julung kalinya diadakan pada semalam di Kuala Lumpur.

Antara objektif yang ditekankan oleh MGJA ialah mempromosikan sukan golf kepada anak muda dan mencungkil serta mengasah bakat mereka hingga ke peringkat antarabangsa melalui kolaborasi latihan dengan insititusi pengajian awam dan swasta.

Ironinya banyak idea dan gerak kerja dalam memastikan kelancaran MGJA ini telah didorong oleh Datuk Seri Presiden sendiri.

“Anak muda harus melihat sukan golf sebagai satu cabaran yang boleh membawa mereka hingga ke tahap profesional di samping sebagai satu kerjaya profesional di Malaysia.

“Melalui platform latihan yang disediakan, didorong pula dengan minat dan bakat, MGJA bakal memberikan peluang yang besar kepada golongan muda terutamanya di peringkat sekolah dan institusi pendidikan tinggi Malaysia dalam melebarkan ruang ekonomi baru Malaysia melalui sukan Golf ini,” katanya.

Berikut merupakan senarai penuh Ahli Jawatankuasa Tertinggi MGJA bagi sesi 2022-2025; Datuk Seri Dr. Irmohizam bin Ibrahim (Presiden), Mohd Zurie bin Harun (Timbalan Presiden), Shaiful Azwandy bin Ishak (Setiausaha Agung), Abdul Qayyum bin Hamzah (Penolong Setiausaha Agung), dan Noor Ezam bin Mohd Pii@Mohamed Pee (Bendahari).

Manakala Ahli Jawatankuasa MGJA yang lain adalah Azmi bin Rashid, Mohd Azmi bin Mahmud, Mukhtar bin Alwi, Masrol bin Zainal Abidin dan Muhammad Adam Shafiq bin Sazali.

MGJA ditubuhkan pada 14 Februari lalu. – SM

(Visited 403 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button