Nasional

Polis ugut lelaki hingga dapat habuan RM5,000 ditahan

DUA anggota polis ditahan kerana melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki berusia 57 tahun di tepi berhampiran kawasan rehat dan rawat Sungai Buloh, Selangor pada 24 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kejadian berlaku pada 21 Disember lalu kira-kira pukul 6 petang.

“Mangsa memberitahu yang dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Cameron Highlands sebelum ditahan oleh sebuah kereta peronda polis yang dinaiki dua anggota polis.

“Ketika ditahan, suspek telah memeriksan telefon mangsa dan mahu menangkapnya di atas kesalahan membeli nombor ekor haram,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, mangsa kemudian telah meminta untuk dilepaskan dan suspek telah meminta wang sebanyak RM20,000.

Ujarnya, mangsa memberitahu yang dia hanya mampu membayar RM4,000 sahaja tetapi suspek tetap berkeras dan meminta wang sebanyak RM5,000.

“Suspek kemudian membawa mangsa ke sebuah stesen minyak untuk mengeluarkan wang sebelum dia dilepaskan,” jelasnya.

Nik Ezanee berkata, susulan laporan yang dibuat mangsa, polis telah membuat serbuan dan menangkap seorang lelaki berusia 30 tahun di Sri Hartamas Kuala Lumpur pada 24 Disember lalu.

Selain tangkapan, pihaknya turut merampas sebuah kereta peronda polis jenis Proton Preve, kad kuasa polis dan wang tunai berjumlah RM2,500.

“Soal siasat terhadap suspek pertama telah membawa kepada penangkapan seorang lagi lelaki berusia 38 tahun di kawasan sama,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan kedua-dua suspek telah ditahan reman selama tiga hari. -SM

(Visited 335 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button