Nasional

Sorok mayat jiran yang dibunuh bawah katil

SEORANG wanita telah bertindak memnbunuh jirannya dan mayat mangsa disorokkan di bawah katil di kediamannya yang terletak di tingkat dua sebuah blok pangsapuri di Persiaran Subang Mewah, USJ 1, Subang Jaya.

Kejadian itu terbongkar selepas polis melakukan siasatan terhadap laporan kehilangan  seorang peniaga kuih warga Indonesia sejak kelmarin oleh oleh.

Suami mangsa yang merupakan warga tempatan berusia 47 tahun pulang ke rumah sekitar pukul 7 malam dan mendapati pintu hadapan tidak berkunci.

“Dia mendapati isterinya yang berusia 54 tahun tiada namun barangan peribadi termasuk telefon bimbitnya masih ada di dalam rumah.

“Selepas gagal mencari isterinya, lelaki itu membuat laporan polis di Balai Polis UJS 8 pada jam 12.01 tengah malam (semalam),” kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya,Asisten Komisioner Abd Khalid Othman pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, malam tadi.


Abd Khalid memberitahu, kali terakhir lelaki itu bertemu dan berhubung dengan isterinya adalah sekitar pukul 1.20 petang dan pukul3.45 petang, kelmarin.

Katanya, semasa memberi keterangan suami mangsa mengesyaki kehilangan isterinya itu ada kaitan dengan jiran mereka.

“Dia (suami) ada mendengar cerita mengatakan jirannya (suspek) menggadaikan barang kemas tidak lama selepas isterinya hilang dan mengetahui wanita berkenaan ada masalah kewangan serta hutang,” katanya.

Berdasarkan maklumat itu katanya, seorang wanita berusia 39 itu dipanggil ke Balai Polis USJ 8 pada pukul 3 petang, semalam untuk disoal siasat dan selepas hampir tiga jam, dia akhirnya mengaku membunuh mangsa di kediamannya.

“Kira-kira pukul 8 malam tadi, suspek dibawa ke rumahnya oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) dan menunjukkan mayat mangsa yang diselubung dengan selimut disorok di bawah katil.

“Suspek dikatakan menelefon mangsa memintanya datang ke rumah dengan alasan tangannya cedera dan membantu menjaga dua anaknya yang berusia setahun dan tiga bulan, kira-kira pukul 4 petang kelmarin.

“Suspek mendakwa dia menghentak belakang badan mangsa dengan tangan sehingga terjatuh sebelum menghentak kepala mangsa ke lantai,” katanya.

Suspek adalah pembantu mangsa di gerai menjual kuih.

(Visited 113 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button