NasionalNegeri

Pencuri siput retak seribu di perairan Perlis terus diburu

TIDAK sempat hendak hapuskan bahan bukti, awak-awak akhirnya terperangkap akibat tamak.

Pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia)
Zon Maritim Kuala Perlis yang melakukan rondaan Op Aman dan Op Benteng Laut di perairan Perlis segera bertindak atas maklumat.

Ternyata orang awam juga tidak berdiam diri sebaliknya menjadi “mata dan telinga” penguatkuasa untuk melaporkan perbuatan mereka yang melanggar undang-undang.

Dalam kejadian tersebut kata Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd Hashim Mat Zain, setelah menyedari kehadiran pasukan ronda, awak-awak bot Kelas A segera memotong tali tangguk
bagi menghapuskan bukti atau mengelak peralatan disita.

“Tali tangguk ini sebenarnya digunakan untuk menangkap siput retak seribu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Serentak dengan itu Mohd Zain berkata, sebuah bot Kelas A bernombor pendaftaran KHF 635 telah ditahan pada pukul lebih kurang 11.45 malam semalam kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan.

“Bot Kelas A tersebut ditahan pada kedudukan lebih kurang 2.5 batu nautika dari barat Sungai Padang,” katanya.

Setelah diperiksa katanya, bot tersebut berpangkalan di Jeti Kuala Kedah, Kedah.

“Bot ini bukan sahaja telah menceroboh kawasan perairan malah melakukan aktiviti menangguk siput retak seribu secara haram,” katanya.

Semasa ditahan katanya, bot tersebut dikemudikan oleh seorang tekong dan lima awak-awak kesemuanya warga tempatan berumur dari 21 hingga 50 tahun.

Beliau memberitahu, kesemua awak-awak termasuk tekong, bot dan hasil tangkapan siput yang anggarkan bernilai lebih RM100,000 itu telah dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis untulmdiserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.

Katanya, siasatan akan dijalankan di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (b) kerana melanggar syarat sah lesen dan Seksyen 29 akta yang sama kerana memusnahkan atau meninggalkan apa-apa ikan, mamalia akuatik, penyu, peralatan menangkap ikan, bahan letupan, racun, pencemar, perkakas, alat yang dilarang atau apa-apa benda lain dengan tujuan untuk mengelak penyitaannya atau pengesanan apa-apa kesalahan.

Katanya, sekalipun rondaan penguatkuasaan kerap dilaksanakan, namun aktiviti pencerobohan kawasan perikanan bagi tujuan menangkap siput secara haram masih berlaku di negeri ini.

Hal ini dipercayai kerana Perlis merupakan habitat pembiakan baka siput retak seribu.

Zon Maritim Kuala Perlis berterima kasih kepada orang awam yang memberikan maklumat salah laku jenayah maritim.

Sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162. – SM

(Visited 242 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button