Nasional

UPSI laksana program Hujjaj Muda kali pertama sempena minggu orientasi pelajar baharu

Minggu Orientasi Pelajar Baharu Ambilan Oktober 2022 yang melabuhkan tirai kelmarin, untuk kali pertama diadakan prorgram Hujjaj Muda untuk mereka yang beragama Islam.

Pelajar baharu mengikuti simulasi di perkarangan Masjid Al-Mursyidin , Kampus Sultan Azlan Shah.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof Dr Norkhalid Salimin semasa merasmikan majlis penutup program yang melibatkan lebih 2,000 pelajar ambilan Oktober sesi 2022/2023 yang beragama Islam itu adalah pendekatan yang mampu mendekatkan diri mereka dengan perkara ibadah yang menjadi rukun islam yang kelima serta dapat meninggikan Syiar Islam sentiasa mekar di Universiti Pendidikan Sultan Idris yang tercinta ini.

“Saya berharap agar program Hujjaj Muda ini dijadikan sebagai satu harapan yang bukan sahaja sebagai impian bagi setiap pelajar untuk melaksanakan ibadah haji pada masa akan datang, malah membentuk keperibadian yang mulia sebelum bergraduat,” katanya.

Beliau turut menyarankan agar pelajar dapat mengimarahkan masjid terutama pelajar yang tinggal di Kolej Ungku Omar dan Kolej Harun Aminurrashid manakala pelajar yang menginap Kolej Aminuddin Baki dan Kolej Za’ba mengimarahkan Surau Al-Falah.

Prof Dr Norkhalid menyampaikan ucapan di Masjid Al- Mursyidin.

Sementara itu Pengarah Pusat Islam, Muhammad Tarmizi Abdul Rahman berkata program menarik anjuran Pusat Islam UPSI dengan kerjasama Tabung Haji Cawangan Tanjong Malim Perak, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (Jhepa), Kolej–Kolej Kediaman UPSI.Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Rakan Suai Kenal (RSK), Rakan Siswa Yadim UPSI serta Al –Mursyidin UPSI diadaklan julung-julung kalinya sempena minggu orientasi.

Beliau berkata Syariat Ibadah Haji adalah salah satu daripada rukun Islam yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam yang berkemampuan.
“Selain memerlukan kekuatan fizikal dan mental, ia juga memerlukan pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit, berpisah dengan keluarga, sanak saudara, sahabat handai, meninggalkan kampung halaman, menahan kemahuan hawa nafsu dan sebagainya,” katanya.

Menurut beliau program ini juga menjadi pemangkin jati diri keinsanan para pelajar muslim agar melalui penghayatan ibadah haji ini dapat menghayati pengorbanan yang dilakukan berdasarkan syariat Nabi Ibrahim A.s. supaya para pelajar mampu menyesuaikan diri dalam menempuh alam pengajian yang semakin mencabar pada masakini.

Sempena program, katanya, diadakan simulasi ibadah haji secara praktikal untuk memahami perjalanan ibadah haji dengan memakai pakaian Ihram di perkarangan Masjid Al-Mursyidin.

“Simulasi ini dibimbing oleh Ustaz Haji Hasnil Haji Abu Bakar pengendali kursus Tabung Haji Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang antara lain memberi gambaran jelas dalam melaksanakan ibadah haji secara sempurna di sisi syariat islam yang menekankan kerohanian,fizikal dan ketaatan melalui syariat yang dilaksanakan oleh nabi Ibrahim A.S, anaknya Nabi Ismail A.S. dalam ketaatan kepada Allah SWT.

Pengarah Pusat Islam, Muhammad Tarmizi Abdul Rahman

Beliau berkata penganjuran itu juga memberi peluang kepada para peserta mendaftar haji, membuka akaun tabung haji serta dapat mengetahui tarikh sebenar agar impian melaksanakan ibadah tercapai dan berusaha agar dapat menjejak kaki ke baitullah serta mendapat keampunan dari Allah S.W.T.

(Visited 389 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button