Nasional

Tidak wajar jadikan bukan muslim pengutip zakat

TINDAKAN menggunakan platform e-dagang seperti Shopee bagi mengutip zakat umat Islam adalah tidak wajar kerana plaform tersebut.

Ini kerana pemilik plaform beli-belah dalam talian itu tidak jelas sama ada dimiliki oleh seorang yang beragama Islam ataupun tidak.

Seedangkan pemungut zakat seharusnya dilakukan oleh amil atau ejen pengutip zakat yang beragama Islam seperti disepakati ulama.

“Konsep zakat adalah amanah kebajikan Islam. Ia bukannya satu muamalah maliah (urusan perbankan).

“Jadi ia tidak boleh disamakan dengan dengan urusan jual beli, pajak gadai, sewa, pinjaman, pelaburan atau instrumen kewangan semasa.

Qiyas maal fariq (analogi yang salah) kerana ia tiada persamaan dari segi illah (alasan).

“Jadi, siapa pula yang memiliki Shopee itu atau yang menguruskannya zakat bagi pihak Shopee? Muslim atau musyrik?

“Apa definisi dan peranan sebenar Shopee itu di sebalik proses memungut zakat ini? Amil? Ejen majazi (metafora), orang tengah, pemudah cara, pelayan e-dagang atau hantu zakat?”

Demikian soal Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Dr. Zamihan Mat Zin seperti dilaporkan portal Malaysiakini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) pada 18 Disember lalu apabila membenarkan pembayaran zakat melalui platform Shopee.

Terdahulu, PPZ-MAIWP memaklumkan umat Islam boleh membuat bayaran pelbagai jenis zakat seperti zakat pendapatan, perniagaan, wang simpanan, saham dan zakat emas dan perak serta zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Shopee.

Pembayaran zakat di platform itu boleh dilakukan menerusi dompet mudah alih ShopeePay, kad debit, perbankan dalam talian dan pembayaran secara tunai di kaunter 7-Eleven.

Walau bagaiamanapun, kaedah tersebut dipertikaikan Zamihan berikutan terdapat unsur ‘gharar’ yang tidak menjelaskan kadar upah dan keuntungan yang diterima.

“Kadar upah yang diperolehi Shopee itu atas asnaf amil atau pelayan maya menguntungkan siapa?

“Atau khidmat Shopee percuma saja kerana Allah SWT?

“Tentu ada caj perkhidmatan dikenakan. Apakah ia diambil dari wang belanja mengurus majlis agama atau dari wang zakat juga?

“Telus ke tatacara kewangan sebegini menurut Islam? Kenapa nak guna ‘orang tengah’ untuk bayar zakat?” soalnya lagi. – SM

(Visited 297 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button