GajetUlasan

Mi Note 10 Lite peranti pintar mampu milik dari Xiaomi

JENAMA telefon pintar Xiaomi melancarkan model baharu di Malaysia yang dikatakan model mampu milik berbanding sebelum ini.

Xiaomi Mi Note 10 Lite dilancarkan pada hujung tahun lalu di pasaran Malaysia lebih mampu berbanding Mi Note 10 Pro.

Kebiasaannya, peranti jenis lite selalunya didatangkan dengan spesikasi yang lebih rendah hingga memberikan imej bahawa peranti jenis ini tidak berbaloi untuk dimiliki.

Namun untuk ada bezanya untuk Mi Note 10 Lite. Antara Mi Note 10 Pro dan Mi Note 10 Lite, perbezaan yang dilakukan hanya pada keupayaan kamera.

Sensor 108-Megapixel pada Mi Note 10 Pro digantikan dengan sensor 64-Megapixel Mi Note 10 Lite.

Xiaomi Mi Note 10 Lite adalah sebuah Mi Note 10 Pro yang diubah spesifikasi kameranya sahaja. Ia masih lagi menggunakan skrin 6.47″ AMOLED dengan resolusi FHD+. Ia sekadar menyokong kadar segar semula 60Hz yang kini dianggap ketinggalan zaman pada tahun 2020.

Skrin yang digunakan dilengkapi pengimbas cap jari terbina optikal terbina dan sokongan paparan HDR. Kedua-dua bahagian sisi skrin adalah melengkung yang membuatkannya kelihatan berjaya.

Bagi mereka yang pernah menggunakan peranti dengan skrin dwi-lengkung, anda tidak akan mempunyai masalah menggunakan Mi Note 10 Lite.

Perisian palm rejection yang digunakan adalah baik dan tiada masalah ia mengesah sentuhan secara tidak sengaja. Namun begitu lengkungan skrin ini membuatkan peranti menjadi amat licin di dalam tangan.

Skrin dwi-lengkung bukanlah teknologi baharu tetapi kami menyedari pada Mi Note 10 Lite, kesan color-shifting agak ketara pada bahagian yang melengkung.

Ia amatlah ketara pada aplikasi dengan latar belakang putih. Pada bahagian melengkung skrin memaparkan warna hijau dan bukannya putih.

Penyelesaian mudah kepada isu ini ialah menggunakan tema gelap. Saiz bezel adalah sederhana dan tidak mengganggu penggunaan peranti. Ia setanding dengan yang dapat dilihat pada iPhone 11.

Pemproses Snapdragon 730G mungkin sudah berusia lebih setahun tetapi masih lagi pemproses kelas pertengahan yang berkuasa dan sesuai untuk peminat permua. Ini dipadankan dengan memori sebesar 8GB dan storan sebesar 128GB yang kami rasakan adalah baik bagis sebuah peranti kelas pertengahan. Satu kekurangan di sini ialah tiadanya sokongan untuk kad mikro SD.

Kamera utama kini memadankan sensor 64+8+2+5 Megapixel sahaja. Terdapat sokongan lensa sudut lebar, ultra lebar, makro dan pengesan kedalaman.

Tiada lagi sokongan zum optikal atau zum digital sehingga 50X seperti pada Mi Note 10 Lite. Pada bahagian hadapan pula sensor 16-Megapixel digunakan dengan kamera terbina dalam takuk yang bersaiz kecil.

Mengusai kesemua komponen ini ialah bateri sebesar 5260 mAh. Saiz bateri yang digunakan ini adalah amat besar dengan sokongan pengecasan pantas 30W menerusi port USB-C. Pengecas pantas ini disertakan dengan setiap pembelian maka pengguna tidak perlu berbelanja lebih pasca pembelian tidak seperti yang dilakukan oleh Apple.

Kerana saiz bateri yang amat besar ini, ia mengakibatkan Mi Note 10 Lite menjadi antara yang paling tebal pernah kami ulas. Dengan ketebalan 9.7mm, ia hampir setebal Black Shark 3 Pro setebal 10.1 mm. Tetapi harus diingatkan Black Shark 3 Pro hanya dilengkapi bateri sebesar 5000 mAh.

Ketebalan ini membuatkan peranti sedikit canggung untuk digunakan kerana kami lebih selesa dengan peranti yang lebih nipis. Namun begitu kerana tubuhnya yang setebal senaskhah buku nota ini, peranti tidak mempunyai bonggol kamera yang ketara.

Peranti boleh diletakkan rata pada permukaan meja tanpa menggunakan kerangka polikarbonat yang disertakan. Adalah amat melegakan untuk mempunyai peranti yang tidak berbonggol seperti Si Bongkok pada tahun 2020. – Dipetik dari Amanz

(Visited 390 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More
Back to top button