Auto TravelBerita Auto

Prototaip kereta elektrik pertama Xiaomi akan dipamerkan Ogos 2022

PADA November 2021 Xiaomi telah membuat pengumuman bakal melancarkan kereta elektrik pertamanya pada 2024. Kini, menurut laporan oleh Sina Tech, pengasas Xiaomi Lei Jun bakal mendedahkan prototaip pertamanya pada bulan depan (Ogos 2022).

Laporan itu mendakwa bahawa Jun menghabiskan hampir dua pertiga masanya di ibu pejabat Xiaomi Auto memantau kemajuan penghasilan kereta pertama syarikat itu. Selepas pelancarannya pada bulan Ogos, syarikat itu akan menjalankan beberapa ujian, termasuk ujian musim sejuk pertamanya. Syarikat itu dilaporkan merancang untuk memasarkan secara besar-besaran kereta Xiaomi pertama pada 2024.

Prototaip kereta elektrik pertama Xiaomi akan direka oleh HVST Automobile Design, iaitu sebuah syarikat yang sama yang mereka bentuk kereta konsep Maven WM Motor. Laporan itu juga menyatakan bahawa syarikat itu merancang untuk melantik Pengarah Promosi, sebagai tanda-tanda awal bahawa ia mungkin melancarkan kempen promosi tidak lama lagi dalam beberapa bulan akan datang.

Pada Mac 2021, syarikat itu secara rasmi mengesahkan bahawa ia akan memasuki industri kenderaan elektrik. Ia berkata ia pada mulanya akan melabur $1.5 bilion dan kemudian melabur $10 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang dalam perniagaan keretanya. Pada September 2021, ia mendaftarkan Xiaomi Auto Co., Ltd.

Pada November 2021, ia menandatangani perjanjian, untuk membina ibu pejabat Xiaomi Auto dan bahagian R&Dnya di Yizhuang, dengan Jawatankuasa Pengurusan Kawasan Pembangunan Ekonomi dan Teknologi Beijing. Kemudahan yang yang menempatkan lebih 1,000 pekerja itu dilaporkan mampu mengeluarkan 300,00 kereta setahun.

Xiaomi dilaporkan menyasarkan untuk melancarkan kereta segmen A+ dan B. Yang pertama akan datang dengan sokongan pemanduan autonomi L2 dan kemungkinan akan berharga antara 150,000 dan 200,000 Yuan (RM99,000 dan RM132,000). Sebaliknya, yang kedua akan menyokong pemanduan autonomi L3 dan boleh berharga antara 200,000 Yuan dan 300,000 Yuan (RM132,000 dan RM198,000). – SM

Artikel berkaitan > Setel menerajui mobiliti inklusif dengan fungsi pengecasan EV

(Visited 349 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button