Auto TravelBerita AutoEkonomi

Setel menerajui mobiliti inklusif dengan fungsi pengecasan EV

SEBAGAI langkah ke arah mobiliti yang lebih inklusif dan lestari, Setel telah memperkenalkan fungsi terbaharunya yang membolehkan serta memudahkan pengguna mengecas kenderaan elektrik (EV) mereka melalui aplikasi Setel.

Pengguna EV dapat menemukan stesen pengecasan pilihan mereka berserta jenis pengecas, dan pengecas tersebut dapat diaktifkan dengan mudah hanya menggunakan aplikasi Setel.

Pembayaran akan dibuat melalui Setel Wallet, lalu pengguna akan menerima mata ganjaran Mesra untuk setiap transaksi.

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Mazlin Erawati Ab Manan berkata, tawaran kemudahan pengecas EV dalam ekosistem Setel membolehkan mereka menjurus fokus ke atas aspek kelestarian.

“Kemudahan ini terlahir dengan mendengar keperluan para pelanggan kami dan ia juga merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang kami untuk terus menginovasi demi mobiliti inklusif, yakni bagi mendukung usaha global untuk menyahkarbon pengangkutan jalan raya.

“Didorong oleh penerimagunaan EV yang kian berkembang di Malaysia, kami berhasrat untuk meluaskan akses ke atas infrastruktur pengecasan awam di samping memudahkan proses pengecasan bagi pengguna EV, setanding dengan pengalaman mengisi petrol yang ditawarkan oleh Setel kepada para pengguna kenderaan,” katanya.

Setel telah bekerjasama dengan JomCharge sebagai pihak penyedia yang pertama, dengan rancangan untuk bekerjasama dengan lebih ramai penyedia EV dalam tempoh terdekat, termasuk Energise oleh PETRONAS.

Dalam fasa pertamanya, pengguna EV boleh menggunakan aplikasi Setel untuk mengecas kenderaan elektrik mereka di lima lokasi rintis: Lotus’s Tesco Kepong, EV Connection Workshop di Petaling Jaya, Carsome PJ Automall, Rasa Sayang Resort milik Shangri-La di Pulau Pinang serta ibu pejabat ACO Group di Johor Bahru –
dan banyak lagi lokasi yang akan menyusul secara berperingkat.

Muat turun versi aplikasi Setel yang terkini secara percuma di iOS dan Android melalui Apple
Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery. Maklumat lanjut mengenai Setel boleh
didapati di https://www.setel.com/.

(Visited 263 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button