Auto TravelBerita Auto

Malaysia Airlines, BMW Malaysia perkenal khidmat pemindahan terminal peribadi mewah mulai Februari 2024

MALAYSIA AIRLINES baru-baru ini telah mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan perkhidmatan pemindahan terminal yang berciri peribadi lagi eksklusif untuk memudahkan perjalanan para penumpangnya dengan keselesaan bertaraf premium antara Bangunan Terminal Utama dan Bangunan Satelit di KLIA Terminal 1, disuntik nafas dengan kolaborasi bersama BMW Group Malaysia menerusi rakan wakil pengedarnya, Ingress Auto Sdn. Bhd.

Mulai 1 Februari lalu, para penumpang Enrich Platinum, Business Suite, dan Business Class yang terbang bersama Malaysia Airlines akan dapat menikmati pengalaman kemewahan bertaraf tinggi dengan khidmat pemindahan menerusi jentera elektrik tulen BMW i7.

Perkhidmatan yang beroperasi 24 jam ini menawarkan satu pilihan yang lebih lestari dan premium buat para penumpang Malaysia Airlines, di samping khidmat pemindahan Bas Premium yang disediakan oleh operator lapangan terbang ini susulan penggantungan sementara sistem aerotrain.

Semasa fasa permulaan ini, barisan kenderaan BMW i7 akan dikerahkan untuk mengambil penumpang yang akan berlepas di Pintu G1 Bangunan Terminal Utama. Kelak, syarikat penerbangan ini juga akan mengerahkan beberapa unit kenderaan tambahan untuk mengambil penumpang yang tiba ke lapangan terbang tersebut, susulan penyempurnaan balai singgah ketibaan di Bangunan Satelit.

Para penumpang berpeluang untuk menikmati sebuah perkhidmatan yang bertaraf premium dan peribadi, bermakna mereka juga tidak perlu berkongsi kenderaan dengan penumpang lain.

Perkhidmatan yang eksklusif ini menyediakan alternatif pengangkutan yang lebih tertumpu, sesuai bagi pengembara solo, pasangan, dan keluarga dengan had seramai empat (4) penumpang bagi setiap kenderaan, menjamin perjalanan yang lancar dan menyelesakan di samping melengkapi standard pengalaman kepenggunaan hujung-ke-hujung yang dijanjikan.

Ahmad Luqman Mohd Azmi, Ketua Pegawai Eksekutif Penerbangan dari Kumpulan Penerbangan Malaysia (MAG) menyatakan, “Dengan perkhidmatan eksklusif ini, kami berhasrat untuk menaik taraf pengalaman penerbangan buat para pelanggan segmen atasan, memastikan mereka dapat menikmati keselesaan serba premium atas sebahagian daripada pengalaman hujung-ke-hujung mereka bersama kami.

“Sebagai satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan khas ini berlatarkan penggantungan sementara sistem aerotrain di KLIA Terminal 1, ia menekankan dedikasi kami untuk menaik taraf standard perkhidmatan demi pengalaman penerbangan yang lebih eksklusif, sementara kami juga memperkukuhkan komitmen kami dalam menerapkan amalan kelestarian, kali ini menerusi jentera elektrik tulen BMW i7 Series.

“Kami berharap untuk memperkayakan lagi perkhidmatan ini buat para penumpang atas sebahagian daripada usaha berterusan kami dalam menjamin pengalaman yang lancar dan mengujakan, didukung oleh Hospitaliti Malaysia yang tiada bandingannya.”

Rabian Ab Rahman, Pengarah Urusan Ingress Auto Sdn Bhd, sementara itu berkata, “Kami berasa amat teruja untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia Airlines dalam menyediakan pengalaman pengembaraan yang mewah lagi menarik buat penumpang premium mereka. BMW i7, dengan keupayaan elektriknya, melambangkan inovasi dan kelestarian dalam industri automotif, berjajaran dengan komitmen kami untuk terus menunaikan janji kecemerlangan automotif premium di Malaysia. Kami teruja untuk memberi sumbangan kepada standard perkhidmatan Malaysia Airlines yang bertaraf tinggi.”

Rabian Ab Rahman, Pengarah Urusan Ingress Auto Sdn Bhd, sementara itu berkata, “Kami berasa amat teruja untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia Airlines dalam menyediakan pengalaman pengembaraan yang mewah lagi menarik buat penumpang premium mereka. BMW i7, dengan keupayaan elektriknya, melambangkan inovasi dan kelestarian dalam industri automotif, berjajaran dengan komitmen kami untuk terus menunaikan janji kecemerlangan automotif premium di Malaysia. Kami teruja untuk memberi sumbangan kepada standard perkhidmatan Malaysia Airlines yang bertaraf tinggi.”

Daftar sekarang untuk menjadi ahli Enrich dan mula mengumpul Enrich Points untuk menikmati pelbagai tawaran keahlian yang eksklusif serta muat turun aplikasi Malaysia Airlines untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai aneka promosi di hujung jari anda, pada bila-bila masa, di mana-mana jua!

Kredit: EnjinDotCom

Artikel berkaitan > BMW Malaysia memperkenalkan jentera BMW 740Le xDrive M Sport baharu

(Visited 584 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button