Nasional

Bekas personaliti TV3, Zalina Azman Hilang

BEKAS personaliti TV3, Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Polis kini giat mencari bekas personaliti itu, yang nama sebenarnya Zalina Shaharah Azman.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata mreka menerima laporan daripada keluarga Zalina, 58, pada 29 November tahun lalu.

“Dalam laporan itu, pengadu (anak Zalina) cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November bagi memaklumkan datuk (bapa Zalina) dimasukkan ke hospital namun gagal.

“Pada 29 November, pengadu dan bapa saudaranya pergi ke rumah ibunya di Seksyen 3 dan mendapati kereta ibunya berada di tepi rumah.

“Pengadu mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun. Turut ditemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600.

“Bagaimanapun, ibunya tidak dijumpai. Segala usaha mencari sudah dijalankan namun gagal menemui mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, polis membuat hebahan mengenai kehilangan mangsa kepada umum bagi membantu siasatan kes terbabit.

Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam menyiarkan gambar Zalina dan maklumat berkaitan iaitu berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan kurus dengan ketinggian 158 sentimeter.

Polis juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622. – SM

(Visited 981 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button