EkonomiGajet

Pengasas Tik Tok tersenarai individu terkaya di dunia

PENGGUNAAN aplikasi Tik Tok yang tular dengan pelbagai jenis video menyumbang kepada peningkatan pendapatan pengasas aplikasi itu, Zhang Yiming.

Dengan penggunaan Tik Tok di seluruh dunia, Yiming kini tersenarai sebagai salah seorang daripada 100 yang terkaya dengan menduduki tempat ke-7 pada 2019.

Ia adalah berdasarkan daripada laporan Forbes yang memaklumkan Yiming kini mempunyai kekayaan terkumpul sebanyak 16.2 juta Dolar Amerika Syarikat (USD) atau RM64 juta.

Yiming sebelum ini memulakan Tik Tok dengan modal sebanyak 20 juta USD atau RM81 juta  di bawah syarikat ByteDance termasuk syarikat Toutiao Group.

Kemudian, mereka melancarkan aplikasi Tik Tok pada September 2016 sebagai sebuah platform pengubahsuaian kandungan video.

Kejayaan Yiming bukan sahaja bermula dari situ, malah penglibatannya dengan ByteDance pernah menobatkannya sebagai seorang pemuda terkaya di Tiongkok, China pada 2013 ketika berusia 30 tahun.

Yiming merupakan seorang graduan kejuruteraan perisian daripada Universiti Nankai sebelum bekerja sebagai jurutera perisian di ByteDance.

Bersama ByteDance, beliau banyak membantu syarikat itu mencipta pelbagai perisian dan aplikasi keusahawanan yang kini digunakan diseluruh dunia.

Disebabkan sentuhannya itu, ByteDance kemudian menjadi startup paling mahal di dunia dengan nilai 75 juta USD atau RM304 juta.

Angka tersebut melepasi nilai syarikat Uber yang pernah direkodkan berada pada tahan 72 juta USD atau RM292 juta.

Bagaimanapun, Yiming dilaporkan mempunyai cara unik untuk mempromosikan aplikasi Tik Toknya sebelum dikenali di seluruh dunia.

Pada asalnya, beliau tidak mahu menggunakan Tik Tok kerana berasakan tidak sesuai dengan kedaan usianya yang sudahpun melepasi zaman remaja.

Namun, beliau kemudian tidak mengambil masa yang lama untuk berjinak dengan aplikasinya sendiri, kemudian mengarahkan pengurusan syarikat ByteDance untuk menggunakan Tik Tok.

Malah, kakitangannya itu juga diarahkan untuk membuat video-video tertentu dan dimuatnaik ke dalam aplikasi Tik Tok masing-masing.

Jika gagal atau mendapat ‘like’ paling sedikit, pekerja berkenaan akan didenda dengan hukuman tertentu seperti tekan tubi dan sebagainya.

Bagaimanapun, Yiming mempunyai cita-cita yang besar, beliau mahu Tik Tok terus berkembang dan memberikan saingan kepada laman web Google dan juga Youtube. – SM

(Visited 1,342 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button