Kemalangan

Individu dipercayai saksi kes rasuah terowong maut terjatuh kondomium

SEORANG individu dipercayai saksi kes rasuah berhubung projek pembinaan terowong dasar laut di Pulau Pinang ditemukan maut dipercayai akibat terjatuh di sebuah kondominium di Jalan Kelawai.

Utusan Malaysia melaporkan, mangsa yang dipercayai berusia 53 tahun merupakan pemaju hartanah terkenal di negeri itu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Sofian Santong yang mengesahkan kejadian berkata, mangsa mati di tempat kejadian.

“Buat masa ini saya hanya boleh sahkan memang ada kes individu mati jatuh bangunan di Jalan Kelawai dan mangsa mati ditempat kejadian. Kes masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.-SM

(Visited 426 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button