Kemalangan

PM arah siasatan penuh pelanggaran tren LRT

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin memandang serius kejadian perlanggaran tren LRT Laluan Kelana Jaya kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Muhyiddin telah mengarahkan agar kejadian yang mengakibatkan 15 penumpang kritikal, 32 parah dan 166 lagi cedera itu disiasat.

“Saya memandang serius kemalangan ini dan telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan dan Prasarana Malaysia Berhad untuk melakukan siasatan penuh untuk mengenalpasti punca kemalangan ini, dan tindakan yang tegas harus diambil dengan segera,” katanya.

Muhyiddin turut mengarahkan agar mangsa yang cedera diberikan rawatan dengan segera.

“Keutamaan sekarang harus diberikan kepada mangsa-mangsa kemalangan, dan saya telah mengarahkan semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan mangsa mendapat rawatan yang menyeluruh memandangkan kita juga berada dalam gelombang pandemik COVID-19 yang sedang meningkat naik,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan sebentar tadi.


Pertembungan dua tren LRT berlaku di dalam terowong di antara Stesen Kampung Baru dan KLCC.

Insiden pelangaran itu adalah yang pertama melibatkan sistem pengangkutan LRT di Malaysia hingga mengakibatkan beratus penumpang tercedera.-SM

(Visited 96 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button