Rencah Hidup

Ruslan Kassim meninggal dunia

BEKAS Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa) Datuk Ruslan Kassim meninggal dunia pada di Hospital Selayang pukul 2 petang tadi.

Beliau aktif sebagai Pemuda UMNO Negeri Sembilan tetapi dipecat selepas berdiri teguh di belakang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijuga dipecat dari kerajaan pada 2 November 1998.

Allahyarham pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berikutan penangkapan dan penyingkiran Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dia kemudian bersama-sama Anwar menubuhkan Parti Keadilan Rakyat(PKR) dan menjadi Pengerusi Perhubungan Keadilan (PKR) Negeri Sembilan.

Pada 11 Februari 2004 Allahyarham masuk kembali ke dalam UMNO bersama-sama 12 pemimpin parti PKR yang lain.


Ruslan kemudian meninggalkan UMNO dan menjadi anggota Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia atau Perkasa.-SM

 

(Visited 323 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button