Nasional

Petrol RON95 RM1.25 mulai tengah malam ini

HARGA runcit petrol RON95 dan RON97 turun lima sen seliter, masing-masing kepada RM1.25 dan RM1.55 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini hingga 17 April.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini, turut memaklumkan harga runcit diesel turun sebanyak 12 sen seliter kepada RM1.46.

“Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah dipengaruhi oleh faktor harga minyak mentah dunia yang masih berada di paras yang rendah ekoran pandemik COVID-19 yang memberi kesan kepada ekonomi global serta kejatuhan permintaan bekalan minyak dunia,” katanya seperti yang dipetik dari BERNAMA.

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia, serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Ini merupakan penurunan untuk tempoh empat minggu berturut bagi harga bahan api di negara ini.

Pada 6 Mac harga  runcit petrol RON95 turun 19 sen daripada RM2.08 seliter kepada RM1.89 seliter.

Dengan harga runcit petrol RON97 pula turun sebanyak 21 sen seliter iaitu daripada RM2.40 seliter kepada RM2.19 seliter.

Sementara Harga runcit diesel turun sebanyak 17 sen seliter iaitu daripada RM2.13 seliter kepada RM1.96 seliter.

Seminggu selepas itu RON95 turun 38 sen menjadikan harganya turun daripada RM1.82 seliter kepada RM1.44 seliter.

Harga runcit petrol RON97 pula turun sebanyak 36 sen seliter iaitu daripada RM2.19 seliter kepada RM1.74 seliter.

Sementara Harga runcit diesel turun sebanyak 12 sen seliter iaitu daripada RM1.96 seliter kepada RM1.75 seliter.

Pada 28 Mac harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun lapan sen seliter, masing-masing kepada RM1.30 dan RM1.60 seliter.

Sementara harga runcit diesel untuk tempoh itu turun sebanyak 10 sen seliter kepada RM1.58.

(Visited 321 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button