Nasional

Rogol: Tujuh termasuk adik beradik kembar ditahan

Tujuh individu termasuk adik beradik kembar yang kesemua berusia lingkungan 19 hingga 24 tahun ditahan selepas disyaki terlibat dengan kes rogol berkumpulan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, kesemua mereka ditahan di sebuah rumah di Sungai Way, Petaling Jaya kira-kira pukul 9.30 malam semalam.

“Kita telah menerima satu laporan polis berkaitan seorang mangsa berusia 19 tahun yang mendakwa dirinya dirogol secara berkumpulan pada 11 Ogos lalu.

“Mangsa memberitahu telah mengenali suspek pertama menerusi aplikasi Whatsapp dan pernah berjumpa dua kali pada bulan Mac dan Jun lalu di sekitar Shah Alam, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Nik Ezanee, sebelum kejadian berlaku, mangsa telah diajak suspek pertama untuk bersiar-siar bersama dua lagi rakan suspek di kawasan Dataran Shah Alam dengan menunggang motosikal yang berasingan.

BACA> Kantoi jual sarung tangan getah terpakai

Jelasnya, suspek pertama itu kemudian membawa mangsa ke Klang untuk mengambil barang.

“Ketika dalam perjalanan pulang, seorang daripada rakan suspek terlibat kemalangan dan mengalami kecederaan.

“Suspek pertama itu kemudian meminta mangsa untuk mengikutnya pula ke rumah di kawasan Sungai Way untuk mencuci luka rakannya itu,” ujarnya.

Jelasnya lagi, suspek pertama kemudian telah meminta mangsa untuk masuk ke sebuah bilik di rumahnya sebelum memegang dan menutup mulut mangsa.

Nik Ezanee berkata, mangsa kemudian meronta untuk dilepaskan tetapi telah dipegang dan ditindih secara paksa sebelum dirogol secara bergilir-gilir.

Selepas kejadian itu, mangsa telah dihantar pulang oleh seorang daripada suspek ke rumah sebelum satu laporan polis dibuat mangsa.

BACA> Whatsapp dulu baru dapat kod ejen nak jumpa pelacur

“Siasatan awal mendapati suspek pertama dan kedua merupakan adik beradik kembar dan mengaku terlibat dengan kejadian itu.

“Semakan rekod lampau juga mendapati tiga daripada suspek mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya.

Tambahnya, kesemua suspek telah ditahan reman selama lma hari dan disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpulan. -SM

(Visited 635 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button