Nasional

Lelaki ditahan miliki 15 permit PKPB palsu

SEORANG lelaki ditahan kerana mempunyai 15 keping dokumen permit pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang disyaki palsu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, tindakan lelaki itu disedari ketika ditahan di Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur kira-kira pukul 6.10 pagi.

“Sewaktu sedang melakukan rondaan, anggota bertugas telah terlihat sebuah kereta jenis Honda City dipandu dalam keadaan mencurigakan dan telah bertindak menahan kereta berkenaan bagi tujuan pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan telah menemui sebanyak 15 keping dokumen permit PKPB disyaki palsu yang turut mempunyai tandatangan dan cop balai polis,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Anuar, suspek, lelaki tempatan berusia 35 tahun itu telah dibawa ke hadapan Majistret Kuala Lumpur dan telah dibenarkan reman empat hari sehingga 27 April ini.


“Polis sedang menyiasat sama ada kesemua dokumen tersebut adalah untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 22(d) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) Pindaan 2021.

“Tindakan memalsukan permit pergerakan PKPB atas tujuan yang bertentangan dengan arahan semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) boleh dikenakan tindakan undang-undang,” jelasnya. -SM

(Visited 33 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button