BanjirNasional

MBSA sediakan bas percuma bawa pulang mangsa banjir

BERITA baik untuk mangsa-mangsa banjir yang terjejas teruk di sekitar Shah Alam, Selangor. Pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan bas secara percuma untuk menghantar pulang mangsa bajir dari pusat penempatan sementara (PPS) ke kediaman masing-masing.

Makluman di Facebook MBSA memberitahu, lokasi PPS yang terlibat ialah Dewan Kenanga Seksyen 28, CIAST Seksyen 19, Politeknik Shah Alam, Masjid Negeri dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alam Megah 2 Seksyen 28.

Pihak MBSA ada menyediakan perkhidmatan bas untuk membawa mangsa banjir di PPS yang dibenarkan pulang setelah kawasan kediaman mereka dikenal pasti selamat, katanya.

MBSA turut memberi peringatan kepada penduduk Shah Alam agar terus berwaspada berikutan hujan lebat di beberapa tempat di sekitar Shah Alam sejak pagi tadi. – SM

(Visited 238 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button