Nasional

Whatsapp dulu baru dapat kod ejen nak jumpa pelacur

PELANGGAN perlu menghantar dahulu mesej melalui aplikasi Whatsapp untuk menempah pelacur yang diinginkan sebelum diberi kod ejen bagi tujuan aktiviti persundalan.

Itulah modus operandi dua lokasi pelacuran di Subang Jaya, Selangor yang menggunakan hotel sebagai lokasi untuk melakukan kegiatan pelacuran.

Aktiviti itu bagaimanapun berjaya dihidu pihak Jabatan Imigresen Malaysia yang menggempur dua buah hotel tersebut pada pukul 7 malam semalam.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, operasi telah dijalankan oleh orang pegawai imigresen dari Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Analisa serta Unit Pasukan Taktikal Khas (Pastak) JIM Putrajaya.

“Hasil pemeriksaan di dua buah hotel tersebut, pegawai operasi telah berjaya menahan seramai 20 orang wanita yang terdiri daripada 10 orang wanita warganegara Vietnam, Indonesia (6), Thailand (3) dan seorang wanita warganegara Laos.

BACA> Abduljihad penggal kepala rakyat Malaysia telah ditangkap

“Kesemua wanita yang ditahan itu berusia antara 22 hingga 40 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Khairul Dzaimee, turut ditahan ialah seorang lelaki warganegara Bangladesh yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di hotel berkenaan kerana tidak memiliki dokumen perjalananan yang sah.

Selain itu, jelas beliau, dua orang lelaki tempatan yang bekerja sebagai pengurus dan kapten di hotel tersebut juga ditahan.

“Kesemua wanita yang ditahan itu menawarkan perkhidmatan seks dengan harga di antara RM220 sehingga RM500 untuk sekali perkhidmatan bagi tempoh selama 45 minit dan perlu menambah bayaran bagi melanjutkan masa.

“Sebanyak 11 notis saman saksi telah dikeluarkan kepada pelanggan yang berada di dalam premis semasa serbuan dijalankan bagi membantu siasatan lanjut,” jelasnya.

Selain tangkapan, turut dirampas ialah sejumlah kondom, duit berjumlah RM12,090, dokumen perjalanan dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hotel.

Khairul Dzaimee berkata, kebanyakan pas di dala pasport wanita (pelacur) terbabit juga disyaki palsu serta diuruskan oleh rangkaian sindiket yang sama.

“Antara kesalahan yang dikenalpasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa, dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen,” jelasnya.

BACA> Bilik mesyuarat kabinet macam dalam filem sains fiksyen

Tambahnya, kesemua tahanan akan ditempatkan di Depot Imigresen Semenyih, Selangor untuk siasatan mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. -SM

(Visited 4,443 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button