Nasional

Harga minyak masak sawit dalam botol kekal

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) ingin memaklumkan mengenai komitmen kerajaan untuk terus membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup dan menangani isu kenaikan harga bagi mengelakkan kesan kepada pengguna serta untuk memastikan sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tidak terjejas dengan sebarang isu kenaikan harga yang tidak munasabah.

Selain pelbagai inisiatif di bawah Payung RAHMAH, turut diteruskan adalah peranan Kerajaan menerusi KPDN yang menetapkan Harga Runcit Maksimum bagi minyak masak tulen kemasan botol bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No.5) 2023.

Secara umumnya, terdapat kenaikan harga minyak sawit mentah (crude palm oil) untuk bulan Mac berbanding  bulan sebelumnya yang telah melepasi RM4,000 per tan metrik.

Purata harga Minyak Sawit Mentah untuk bulan Mac 2023 adalah RM4,139 per tan matrik berbanding RM3,908 per tan matrik pada bulan Februari 2023. Kenaikan ini sekaligus akan menyebabkan berlakunya kenaikan harga runcit minyak masak tulen kemasan botol berdasarkan kepada konsep harga siling bergerak.

Walaubagaimanapun, bagi mengelakkan bebanan kepada rakyat dan pengguna, Kerajaan dan industri bersetuju untuk mengekalkan harga runcit minyak masak sawit tulen untuk tempoh 8 April 2023 hingga 7 Mei 2023.

minyak masak

Pengekalan harga runcit minyak masak sawit kemasan botol ini melibatkan pembayaran subsidi kepada pengilang-pengilang penapis secara tuntutan bayaran balik (reimbursement) berdasarkan bilangan tuntutan
sebenar.

Mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksima boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti berikut:

(a) Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan;
(b) Syarikat; boleh didenda sehingga RM500,000.

Akhir sekali, KPDN akan meneruskan pemantauan disamping turut menggalakkan pengguna agar menjadi mata dan telinga kepada Kerajaan untuk menyalurkan maklumat berkaitan pelanggaran undang-undang di bawah bidang kuasa KPDN termasuk harga runcit minyak masak sawit tulen di pasaran secara rasmi melalui saluran berikut:
i. Whatsapp ke 019- 279 4317 / 019-848 8000
ii. Portal eaduan.kpdn.gov.my
iii. Pusat Panggilan 1-800-886-800
iv. Emel [email protected]
v. Ez ADU KPDN
vi. Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245 – SM

(Visited 295 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button