fbpx
Hiburan

Positif Covid-19, Emma Maembong beritahu kenapa dia kuarantin di rumah

BARU-BARU ini pelakon, Emma Maembong memberitahu yang dia telah disahkan positif Covid-19 bersama dengan suaminya.

Bagaimana jangkitan itu boleh berlaku pun tidak diketahuinya kerana dia tidak mengalami sebarang simptom sehingga ujian saringan Covid-19 dilakukan.

Selepas disahkan positif, Emma dan suaminya telah dikuarantin. Namun, ada yang mempertikai kenapa dia tidak dimasukkan ke hospital dan hanya berada di rumah.

Menurut pelakon drama Kampung Girl ini, dia dikuarantin di rumah kerana baru berada di tahap pertama jangkitan Covid-19.

“Covid-19 dalam tubuh saya baru fasa pertama. Saya pun tidak mempunyai sebarang simptom dan masih boleh bernafas dan bergerak seperti biasa.


“Hendak ambil ubat sendiri pun tiada masalah. Jadi, biarlah kuarantin di hospital itu diberikan kepada pesakit yang lebih memerlukan.

“Kalau setaat fasa pertama, demam pun satu hari. Lebih baik kita jangan kacau petugas kesihatan. Beri mereka ruang untuk fokus kepada pesakit yang lebih kritikal di hospital,” katanya.

Ujarnya lagi, mereka yang positif tetapi masih mampu menjaga diri sendiri, adalah lebih baik tinggal di rumah sahaja.

Emma sebelum ini memberitahu yang dia disahkan positif Covid-19 walaupun tidak mempunyai simptom.

“Keadaan saya kini Alhamdulillah baik. Ada waktu yang saya pening kepala tetapi tidaklah terlalu teruk,” katanya.

Setakat ini, hanya Emma dan suaminya yang disahkan positif manakala bayinya pula disahkan negatif dan kini dijaga oleh kakaknya. -SM

(Visited 113 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button