Hiburan

Dituduh hisap dadah, Ameng Spring buat laporan polis

BERANG dengan tuduhan melulu yang menuduhnya masih menghisap dadah, penyanyi, Ameng Spring tampil membuat laporan polis semalam.

Menurut Ameng, laporna polis itu dibuat terhadap dua pemilik akaun Facebook yang memfitnahnya.

“Saya membuat laporan polis terhadap dua individu terbabit kerana telah memfitnah dan cuba menjatuhkan nama baik saya di media sosial.

“Kepada pemilik akaun Aduka Sufi dan Compa Kia, saya telah membuat laporan polis tentang anda kerana mengaib dan memfitnah saya,” katanya.

Sebelum itu, Ameng turut meluahkan rasa kecewa dengan tohmahan yang dilemparkan oleh individu terbabit.

Menurut penyanyi lagu Sampai Hati itu, tuduhan berkenaan dilemparkan kepadanya sewaktu dia sedang membuat persembahan di Facebook Live menerusi acara AVOL Legend Artiste, baru-baru ini.

Sementara itu, penyanyi, Ezad Lazim pula meminta supaya Ameng bersabar kerana dia juga sering berhadapan dengan situasi sama.

Menurut Ezad, ada sesetengah netizen yang meninggalkan komen di ruangan media sosialnya dengan memberitahu yang dia masih lagi mengambil dadah.

“Saya buat tak peduli. Kita berubah bukan kerana mereka, tetapi kerana Allah. Allahu tahu pengorbanan kita untuk menjadi lebih baik,” katanya. -SM

(Visited 292 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button