Hiburan

Aliff Aziz minta maaf gagal jadi ayah yang baik

VIDEO anak kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz yang dirakam isterinya, Bella Astilah sebelum ini mengundang rasa hiba di kalangan netizen.

Dalam video tersebut, anaknya, Ayden menangis mahu pergi ke Singapura untuk bertemu Aliff yang kini terpaksa berpisah dengan mereka kerana Covid-19.

Terkesan dengan video tersebut, Aliff sempat membuat satu status memohon maaf terhadap kesilapannya yang memberi kesan kepada anak-anak dan isterinya

“Isteri baru hantar video dan perkara itu amat memilukan buat saya. Saya terpisah dengan anak-anak dan perkara itu memberi kesan terhadapnya.

“Perkara ini menyedarkan saya untuk memperbetulkan kehidupan. Pandemik Covid-19 ini memberi kesan yang amat besar buat saya,” katanya.


Menurut Aliff, dia perlu memperbaiki diri supaya kesilapan dan kesalahannya memberi kesan kepada anak-anak dan orang yang disayanginya.

Jelasnya, dia juga tidak malu untuk mengaku yang dia sering gagal mengawal kehidupannya.

“Ya, saya mempunyai banyak kelemahan tetapi itulah dugaan buat manusia dan dah saya belajar banyak perkara.

“Apa yang berlaku baru-baru ini telah mengajar betapa berat akibatnya kepada keluaga dan orang yang disayangi sebagai akibat tindakan saya yang tidak berakal,” ujarnya.

Tambahnya, dia turut meminta maaf kerana gagal menjadi ayah yang baik tetapi dia dalam fasa untuk memperbetulkan dirinya. -SM

(Visited 87 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button