Hiburan

Rumah tangga Shuk Sahar berantakan lagi, isteri beri petanda akan berpisah

ENTAH apa lagi silap yang dilakukan oleh pelawak, Shuk Sahar atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar hingga isterinya membuat luahan lagi di media sosial.

Menerusi beberapa posting di Instastory, isteri pelawak itu, Rossalennah Natassyiah Asshaferah seperti memberi petanda yang rumah tangga mereka sudah tidak boleh diselamatkan lagi.

Menurut Rossalennah, dia sudah beberapa kali memaafkan dan cuba mempertahankan rumah tangganya tetapi masih dilukakan.

“Kejamnya manusia yang sanggup bersumpah berjanji padahal sedang bersama yang lain. Tiada yang lebih zalim daripada ini. Sakit sangat.

“Aku terkilan sebab aku masih mahu baiki dan bertahan lagi tapi Allah merancang sesuatu yang lain. Allah tidak izinkan kali ini untuk aku maafkan lagi. Sedih sangat tapi aku bersyukur sebab Allah tunjukkan kebenaran.


“Ingat, jangan sebab kamu dicintai, disayangi, dimaafkan kamu memperlakukan hidup orang sesuka
hati. Dia pun ada hati dan perasaan. Doakan semoga urusan Sera dipermudahkan,” katanya.

Selain memberitahu anak-anak sebagai penguat hatinya, Rossalenah turut memuat naik satu tangkap layar perbualan bersama dengan Shuk.

Menerusi tangkap layar itu, Rossalenah memberi petanda seakan rumah tangga mereka kembali berantakan disebabkan wanita yang sama

“Sayang sangat sebab peluang tu tak pernah dihargai. Mempersendakan, perasaan dan hati yang sanggup memaafkan kamu.

“Kepada si dia yang juga seorang wanita, terima kasih untuk semua rasa sakit ini. Aku harap kau tak lalui rasa sakit yang aku rasa ini sebab kau tak akan sanggup berdiri di sini,” katanya.

Ini bukan kali pertama rumah tangga Shuk dan isterinya menjadi perhatian umum dek kerana pelawak itu menjalinkan hubungan dengan wanita lain. -SM

(Visited 57 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button