fbpx
Hiburan

Batman kena Covid-19, penggambaran ditangguhkan

PENGGAMBARAN filem The Batman terpaksa ditangguhkan selepas teraju utama filem adiwira itu disahkan positif Covid-19.

Sumber yang memberitahu Vanity Fair berkata, pelakon filem berbajet besar yang dijangkiti Covid-19 itu ialah Robert Pattinson.

Warner Bros. yang menerbitkan filem berkenaan dalam satu kenyataan juga mengesahkan berita tersebut namun enggan mendedahkan siapa sebenarnya yang dijangkiti penyakit itu.

“Seorang produksi The Batman telah dijangkiti Covid-19 dan kini sedang dikuarantin mengikut protokol yang diarahkan. Penggambaran juga dihentikan seketika,” katanya kenyataan itu.

Menurut sumber lagi, Pattinson perlu dikuarantin selama dua minggu sebelum menyambung semula penggambaran dalam filem yang menelan belanja RM550 juta itu.


Sementara itu, sumber kru produksi pula berkata, kesemua yang terlibat dengan filem tersebut telah menerima memo yang memberitahu seorang daripada mereka dijangkiti Covid-19.

“Kita cuma tahu ada orang dijangkiti Covid-19 sahaja dan surat itu juga tidak memaklumkan siapa individu tersebut.

“Apa yang berlaku ini memang menganggu jadual penggambaran apatah lagi kita baru sahaja tiga hari menyambung kerja selepas penggambaran dihentikan pada awal Mac lalu,” katanya.

Penangguhan penggambaran akan meningkatkan lagi kos pembikinan yang perlu ditanggung Warner Bros dan berkemungkinan tayangan filem itu yang dijadualkan pada Oktober tahun depan perlu dianjakkan.

Sementara itu, seorang lagi kru produksi berkata, jangkitan Covid-19 ketika sesi penggambaran The Batman sangat ironi apatah lagi punca jangkitan itu dikatakan berasal daripada kelawar.

“Covid-19 bermula daripada kelawar dan Batman juga ada kaitan dengan kelawar. Jadi, sudah terbukti yang Batman juga ada kelemahannya,” katanya berseloroh. -SM

(Visited 3 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button