Politik

Covid-19: PH dakwa RM20 bilion diperuntuk sejak Disember

PAKATAN Harapan (PH) menafikan tuduhan bahawa pihaknya ketika menjadi kerajaan tidak bersedia untuk menghadapi serangan Koronavirus (Covid-19).

Malah mereka juga menafikan tuduhan yang dilemparkan bahawa lebih ramai yang akan mati jika PH masih memerintah.

Tuduhan tersebut dikatakan tidak benar, berniat jahan dan bermotifkan politik.

PH ketika itu mendakwa kerajaan sudah bersedia untuk menghadapi pandemik Covid-19 dengan merancang peruntukan berjumlah RM20 bilion sejak Disember 2019.

“Saya teruskan dengan merakamkan betapa kami berasa sangat kecewa dengan pembohongan yang cuba diulang-ulang yang harap akan dipercayai oleh rakyat.

BACA > Bapa sanggup menipu untuk melindungi anak yang menyebabkan 3 maut dalam kemalangan – Suara Merdeka

“Untuk pengetahun semua peruntukan RM20 bilion pada awal telah kita sejak Disember lagi.

“Semasa Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri telahpun membelanjakan peruntukan tersebut atas keperluan Covid-19 ini.”

Demikian penjelasan bekas Menteri Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dalam sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya, tuduhan yang dibuat oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah penipuan dan fitnah.

Terdahulu, Mohamed Azmin dikatakan mendakwa lebih ramai rakyat Malaysia akan mati sekiranya PH masih menjadi kerajaan.

Katanya, Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng didakwa enggan mengeluarkan peruntukan bagi menghadapi Covid-19.

Menurutnya lagi, PH tidak mampu membela rakyat, lebih banyak orang Malaysia akan mati bukan kerana Covid-19 tetapi PH.

BACA > Kewujudan MN tidak memadai untuk lakukan perubahan – Hadi – Suara Merdeka

Tambah Dzulkefly, ketika itu PH masih memerintah, pada awal tahun jumlah jangkitan Covid-19 tidak melibatkan jumlah kes yang besar.

“Untuk rakaman, pada 24 Februari saya tinggalkan KKM, ketika itu ada 22 kes yang pulih seluruhnya.

“24 positif, tetapi dua masih di wad. Bukan Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tidak memerlukan bantuan pernafasan.

“Tidak ada kematian sehingga kami meninggalkan Putrajaya,” katanya.

Sementara itu dalam sidang akhbar sama, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng turut menyelar kenyataan Mohamed Azmin ketika berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Slim.

Katanya, kerajaan sudahpun menyalurkan keperluan secukupnya untuk membantu rakyat menghadapi pandemik berkenaan.

“Masa itu, pihak kerajaan PH telah buat keputusan kita akan berikan semua bantuan kewangan dan sumber yang diperlukan.

BACA > Sudah sampai masanya politik tidak dimonopoli orang tua yang sama – Suara Merdeka

“Malah ada banyak kenyataan yang boleh buktikan bahawa dalam menangani Covid-19, pihak kerajaan telah memalumkan kepada KKM.

“Menteri ketika itu boleh mengesahkan bahawa pihak kerajaan akan memberikan segala sumber yang perlu termasuk kewangan.

“Untuk memastikan bahawa frontliners kita iaitu wira-wira dalam kesihatan dan juga pihak keselamatan boleh menjalankan tugas mereka sebaik mungkin.

“Oleh sebab itu, apa yang dituduh adalah sesuatu yang jelas sekali serangan politik tetapi telah melampaui batas,” ujarnya.

Justeru, beliau menggesa Ahli Parlimen Gombak itu mengemukakan sebarang bukti yang menyokong kenyataannya.

Ini kerana menurut Guan Eng, tuduhan yang dibuat bersifat tidak adil kepada Dr. Dzulkefly yang menjadi Menteri Kesihatan ketika itu.

“Saya harap, kalau boleh tunjuk bukti, tunjuklah sekarang janganlah buat tuduhan seperti ini yang tidak berasas.

BACA > Keadaan Harussani bertambah baik – Suara Merdeka

“Ini sesuatu yang tidak adil kepada Menteri Kesihatan ketika itu iaitu Dr. Dzulkefly.

“Kerana waktu itu beliau menjalankan tugas dengan baik sekali dan dianggap berjaya menangani Covid-19 waktu itu,” tegasnya. – SM

(Visited 127 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button