Nasional

Bapa sanggup menipu untuk melindungi anak yang menyebabkan 3 maut dalam kemalangan

KASIH sayang ibu bapa tidak mengenal batas, dan itu yang dilakukan oleh  seorang lelaki berusia 61 tahun di Negeri Sembilan, yang berbohong kepada pihak berkuasa bagi melindungi anaknya.

Anak itu telah terlibat dalam satu kemalangan yang telah mengorbankan tiga nyawa.

Namun, pembohongannya terbongkat apabila siasatan lanjut oleh polis membuktikan sebaliknya.

Kemalangan itu berlaku di Mambau, Negeri Sembilan pada 22 Ogos 2020 di hadapan  sebuah surau  di Jalan Mambau-Port Dickson.

Akibat daripada kemalangan tersebut dua penunggang motosikal dan seorang pejalan kaki terbunuh apabila anak lelaki kepada lelaki berkenaan yang berusia 27 tahun itu hilang kawalan ketika memandu lalu melanggar mangsa terbabit.

Pada mula-mula disoal siasat, lelaki berusia 61 tahun itu mengaku kepada polis bahawa dia adalah orang yang memandu kereta berkenaan.

Bagaimanapun, rakaman pengawasan CCTV membuktikan bahawa lelaki itu berbohong, setelah anaknya jelas kelihatan duduk di tempat pemandu Perodua MyVi pada masa nahas itu.

“Berdasarkan rakaman yang kami perolehi, Perodua MyVi itu tidak dipandu oleh warga emas berusia 61 tahun, tetapi anaknya yang berusia 27 tahun.

“Akhirnya dia mengakui bahawa pemandu sebenar yang menyebabkan kemalangan itu sebenarnya adalah anaknya.”  kata Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim.

Pemandu berusia 27 tahun itu telah ditahan oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Polis mengesahkan kejadian itu bukan disebabkan oleh pengarah alkohol atau dadah kerana hasil ujian air kencing  negatif.

Kejadian itu masih dalam siasatan. – SM

(Visited 363 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button