fbpx
Rencah Hidup

PKP: Jangan bawa anak keluar beli juadah berbuka

IBU BAPA dan penjaga diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya membawa anak-anak ketika keluar untuk membeli juadah berbuka puasa mahupun barang keperluan.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, pihaknya mengesan ada penjaga yang melakukan perkara demikian di sepanjang bulan Ramadan ini.

Katanya, perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak boleh dipandang mudah.

“Cuma satu perkara saya tengok di bulan Ramadan ini terutamanya di sebelah petang. Ramai keluar. Kita faham, mereka keluar untuk mencari juadah berbuka.


“Saya mengambil kesempatan ini untuk menasihati mereka yang membawa dua atau tiga orang anak menaiki motosikal, jangan melakukan sedemikian.

“Kita masih dalam PKP. Jadi, kena patuh dengan peraturan-peraturan serta SOP yang telah ditetapkan pihak berkuasa,” katanya.

Roslee Chik

Beliau berkata, sehingga kini lebih 600 individu telah ditahan kerana mengingkari PKP.

Jelasnya, setakat ini, pihaknya juga masih melaksanakan sekatan jalan raya di seluruh negeri itu.

Katanya, pihaknya turut melakukan rondaan dan pemantauan di lorong-lorong tikus bagi mengehadkan pergerakan orang ramai dalam usaha memutus rantaian COVID-19. – BERNAMA

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button