Rencah Hidup

Berbuka puasa lebih nikmat dengan air Lai Chi Kang

ALANGKAH nikmat rasanya jika setelah seharian mengerjakan ibadah berpuasa, kita berbuka dengan air Lai Chi Kang untuk menyejukkan tekak. Tidak dapat dinafikan bahan-bahan yang digunakan agak banyak, namun minuman ini dikatakan mempunyai banyak juga khasiatnya yang tersendiri. Ianya bagus untuk kesihatan serta boleh meredakan panas dalam badan.

Baca artikel ini > Kari Sembilang Pak Ngah Ali Simpang Tiga jadi tumpuan ramai

Jika anda berhajat nak buat sendiri, mungkin anda boleh cuba resepi di bawah ini:

Bahan-bahan

  • Biji selasih (rendam)
  • Buah kembang semangkuk (rendam dengan air panas)
  • Barli (rebus)
  • Fungus putih (rebus)
  • Buah kurma merah (rebus letak gula/gula batu dan daun pandan)
  • Buah longan kering (rendam dengan air panas)
  • Cincau
  • Kacang tanah panggang
  • Kismis
  • Buah kabung
  • Biji sagu
  • Buah laici (dalam tin)
  • Halwa kundur
  • Buah pala (kering)
  • Agar-agar kosong
  • Ais

Bahan-bahan di atas boleh dibeli di pasaraya besar dan kedai ubatan cina (sensei)

Cara membuat

  1. Rebus buah kurma merah letak gula/gula batu dan daun pandan.
  2. Lepas tu campur dengan air buah laici tadi.
  3. Kemudian campurlah dengan kesemua bahan-bahan tadi.

Siap! Dah boleh makan.

Dahulu kalau rasa nak minum Lai Chi Kang kena tunggu bazar Ramadan, atau beli di kedai makan atau restoran. Tapi kalau anda nak buat sendiri ikut langkah-langkah di atas macam susah, ada acara lebih mudah, beli sahaja pek Osem Cikang ini. Boleh buat sendiri di rumah, mudah disediakan, pasti puas hati. – SM

Pilihan SMxShopee > Osem Cikang 

(Visited 530 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button