fbpx
Nasional

Perpaduan: Boleh ke lupakan kaitan dengan negara asal?

MALAYSIA akan menyambut kemerdekaan yang ke-63 tidak lama lagi, namun perpaduan negara dilihat masih belum benar-benar memupuk semangat nasionalis atau patriotik.

Ini kerana masyarakat berhadapan dengan cabaran yang disifatkan sebagai pengekalan terhadap identiti yang dikaitkan dengan negara asal.

Hal demikian termasuklah perjuangan-perjuangan komuniti atau kumpulan tertentu yang disifatkan belum benar-benar menjadi rakyat Malaysia.

“Setiap orang yang hidup dan wujud di Tanah Melayu dahulu dan di Malaysia ini adalah orang yang menjadi rakyat Malaysia.

“Rakyat Malaysia itu ditakrif oleh undang-undang dan kerakyatan dalam Perlembagaan Persekutuan.


BACA > Pemuda UMNO tegas desak kerajaan wujudkan RCI Tabung Haji – Suara Merdeka

“Dia tidak jadi orang Malaysia kerana sekadar hidup, dia diakui dan diiktiraf oleh undang-undang perlembagaan dan undang-undang kerakyatan.

“Maka kalau dia, sudah menjadi orang Malaysia oleh undang-undang Perlembagaan Persekutuan maka dia tidak boleh jadi China, India atau negara lain lagi.

“Sebab Cina di negeri China, Tamil di negeri Tamil (India) atau apa sahajalah bangsa lain.”

Demikian penjelasan daripada Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Prof. Emeritus Datuk Dr. Zainal Kling ketika ditemui Suara Merdeka.

Beliau berkata demikian mengulas pandangan yang dilontarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung isu perpaduan negara yang dimakudkan dalam Wawasan 2020.

Terdahulu, Suara Merdeka memetik kenyataan Ahli Parlimen Langkawi itu yang mengatakan perpaduan bangsa sepatutnya mengenepikan kaitan dengan negara lain.

Ini bermakna, penduduk yang berasal dari negara lain dan lama menetap di negara ini sewajarnya melupakan kaitan dengan tempat asal mereka.

BACA > Gerakan ‘underground’ tubuh parti politik baharu? – Suara Merdeka

Perkara sebegini dicadangkan beliau supaya, perpaduan negara dapat dipupuk dengan melupakan garisan sempadan perkauman.

Dalam pada itu, Zainal turut menambah, cabaran perkauman yang dihadapi negara termasuklah perkara yang melibatkan sekolah vernakular dan juga sijil peperiksaan bersepadu (UEC).

Menurutnya, elemen sedemikian dilihat  menyebabkan kaum-kaum di negara ini masih lagi cuba mengaitkan diri mereka dengan negara lain.

“Secara automatik, UEC itu sudah menjadi pelampau.

“Sebab UEC itu hendak mengangkat bahasa Cina sebagai bahasa Kebangsaan, menerima UEC untuk masuk universiti awam.

“Ini hendak menyamakan bahasa Cina dengan bahasa Kebangsaan,” tegasnya.

Tambah Zainal, tidak wajar mengambil pengaruh negara lain dan memaksa negara ini menerimanya sebagai sebahagian daripada undang-undang.

Justeru, beliau mendakwa tindakan sedemikian boleh disifatkan sebagai rasis, chauvinis dan anti-nasional.

“Oleh kerana dia anggap bahasa Cina itu sedang berkembang di negeri China maka wajib orang belajar bahasa itu di Malaysia, maka dia sudah jadi rasis.

BACA > Wawasan 2020: Di mana perpaduan Malaysia? – Suara Merdeka

“Jadi, kita boleh tuduh orang yang hendak menegakkan UEC ini sebagai chauvinis, rasis dan anti nasional.

“Ini kerana UEC dilihat masih lagi mempunyai kaitan dengan negara China,” ujarnya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button