Parlimen

UEC perlu ikut Dasar Pendidikan Kebangsaan jika mahu diiktiraf

SIJIL Peperiksaan Bersepadu (UEC) perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan pada masa hadapan.

Perkara tersebut ditegaskan Timbalan Menteri Pendidikan II Muslimin Yahaya dalam jawapannya kepada soalan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkaitan UEC. Soalan dan jawapan itu dibuat di khamar khas Dewan Rakyat pada 10 November lalu.

“Sehingga kini juga, kerajaan dan KPM kekal tidak mengiktiraf UEC. UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan pada masa hadapan,” kata Muslimin.

“Dalam soalannya, Poay Tiong meminta kerajaan menjelaskan pendirian berkenaan Pasukan Petugas Dasar UEC (PPDUEC) yang ditubuhkan kerajaan PH.

Antara lain pasukan itu ditugaskan untuk membuat kajian berkenaan pengiktirafan sijil tersebut, selain jika kerajaan PN berhasrat untuk meneruskan rancangan pengiktirafannya.

“Kesemua Ahli Parlimen ini termasuk saya, bertanya mengenai dasar kerajaan dalam pengiktirafan UEC tetapi jawapan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia ialah jawapan yang sama iaitu hanya mengenai PPDUEC dan tidak menyatakan kedudukan kerajaan dalam isu ini.

“Maka saya ingin menjelaskan bahawa soalan ini tidak berkaitan dengan PPDUEC tetapi kami ingin mengetahui dengan jelas apakah dasar dan kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional sekarang terhadap pengiktirafan UEC,” kata Ahli Parlimen DAP itu.

Jelas Muslimin, pihak pengurusan tertinggi KPM  telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi PPDUEC pada 28 Julai.

Dalam pertemuan tersebut, pihak KPM sekali lagi dimaklumkan bahawa laporan PPDUEC telah tersedia. Namun, laporan ini yang ditulis oleh Pengerusi PPDUEC secara keseluruhannya, masih memerlukan penambahan maklumat bagi memperjelaskan beberapa perkara berbangkit mengenai UEC.

Beberapa siri pertemuan telah diadakan antara KPM dan PPDUEC dan yang terakhir pada 17 September lalu.

Pihak KPM belum lagi dimaklumkan mengenai tarikh perbincangan akhir akan diadakan untuk membantu PPDUEC dari segi keurusetiaan sesi perbincangan.

“Sehingga kini KPM tidak pernah menerima sebarang laporan awal, draf laporan atau laporan lengkap daripada PPDUEC, sepertimana yang ditetapkan semasa pelantikan dibuat.

“Oleh yang demikian, tiada sebarang hasil kajian dapat diperhalusi dan diteliti oleh KPM. KPM akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap laporan tersebut sekiranya ia diserahkan kepada KPM.

“KPM akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap laporan tersebut sekiranya ia diserahkan kepada KPM,” kata Muslimin.

Tegasnya, ketika ini KPM kekal tidak mengiktiraf UEC.-SM

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button