Nasional

Kunci perpaduan pada Rukun Negara – Halimah

PERPADUAN negara dapat dicapai sekiranya amalan dan penghayatan terhadap Rukun Negara berterusan serta tidak menjadikannya sebagai hiasan semata-mata.

Rukun Negara juga dikatakan berkait rapat dengan perpaduan dan mencerminkan tanah air yang memiliki rakyat berbilang kaum dan majmuk.

“Kementerian yakin antara kunci kepada kejayaan perpaduan terletak kepada penghayatan dan pemahaman rakyat kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.

“Sistem pendidikan Rukun Negara berkait dengan perpaduan dan perpaduan ini mencerminkan kepelbagaian.

“Kita nak menyemarakkan perpaduan ikatan antara kaum.

“Jadi nilai-nilai perpaduan perlu dipupuk agar terus sebati dalam jiwa rakyat Malaysia dan tidak mensia-siakan segala pengorbanan para pejuang kemerdekaan.”

Demikian kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique dipetik laporan Bernama malam tadi.

Terdahulu, Halimah juga menekankan penghayatan terhadap Rukun Negara adalah langkah untuk menggalakkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Justeru, beliau beranggapan sekolah vernakular tidak akan menyebabkan perpaduan negara terancam.

Oleh demikian beliau menjamin sekolah vernakular tidak akan dimansuhkan.

Walau bagaimanapun, kenyataan beliau dikritik beberapa pihak yang berpendapat bertentangan dengan beliau.

Ini kerana tindakan Ahli Parlimen Tenggara itu didakwa sebagai akur dengan tuntutan Gabungan Persekutuan Pertubuhan Lembaga Sekolah-Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Sebelum ini beberapa pihak termasuk organisasi bukan kerajaan dan parti politik menggesa kerajaan memansuhkan pendidikan aliran vernakular.

Mereka berpendapat, galakan perpaduan melalui aliran sekolah sedemikian hanya berkesan dalam jangka masa yang pendek.

Justeru kerajaan perlu menyatukan sistem pendidikan sekolah pada satu aliran bagi memupuk perpaduan pada jangka masa panjang.

Malah terdapat juga dakwaan mengatakan isu sekolah vernakular ini akan terus menjadi modal politik pihak tertentu.

Termasuklah mengambil kesempatan menggunakan isu tersebut bagi meraih sokongan.

Bagaimanapun, Halimah dalam Dewan Rakyat sebelum ini berkata akan menganjurkan jelajah bagi mendapatkan input dalam Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN).

Beliau berkata ia bagi menghasilkan satu dasar yang merangkumi idea untuk memperkukuh perpaduan tanpa mengira batasan termasuk Sabah dan Sarawak. – SM

(Visited 244 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button