Politik

Wira Putra kesal tiada Ahli Parlimen bangkit persoal peruntukan vernakular

MENJELANG penggulungan Belanjawan 2021, Pergerakan Wira Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) kesal dengan peruntukan yang dinaikkan bagi pendidikan vernakular.

Malah, lebih dikesalkan adalah tiada Ahli Parlimen membangkitkan peruntukan kepada sekolah jenis kebangsaan (SJK) yang meningkat berbanding sekolah agama.

Dikatakan, peruntukan untuk SJK Cina diperuntukan sebanyak RM74.07 juta bagi tahun hadapan berbanding RM50 juta tahun ini sementara sekolah agama pula dikurangkan daripada RM50 juta kepada RM12.23 juta sahaja.

“Muslihat kepimpinan negara yang diterajui PN hari ini yang bertopengkan gagasan pemimpin yang membawa agenda Melayu dan Islam mempamerkan belang sebenar.

“Apabila tiada yang bertegas menyuarakan hal peruntukan SJK Cina yang dianggarkan penambahan sehingga 48.1 peratus bagi tahun 2021.

” Wira Putra kecam sekeras-kerasnya belanjawan tahun 2021 oleh kerajaan PN (Perikatan Nasional) yang mengagihkan peruntukan penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dinaikkan secara mendadak.

“Wira PUTRA serta rakyat majoriti di Malaysia amat kecewa dan membantah peruntukan yang terlalu rendah untuk institusi agama tersebut yang dilihat tidak serius untuk memartabatkan Islam.”

Demikian luahan ketua pergerakannya, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif, dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, beliau juga mempersoalkan peruntukan kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang dikurangkan, manakala peruntukan untuk institusi swasta seperti Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARC).

Beliau mendakwa, kerajaan dilihat memandang remeh terhadap pembangunan pendidikan bagi kaum Bumiputera.

“Peruntukan yang dikurangkan bagi UiTM sekitar RM3 juta memperlihatkan pembangunan pendidikan bagi kaum Bumiputera dipandang remeh.

“Dikala penularan wabak pandemik ini, pelajar universiti terbesar di Malaysia dengan kapasiti pelajarnya yang ramai memerlukan akses dan kemudahan jaringan yang lebih baik

“Universiti perlu menambah baik infra bagi sistem jaringan agar para pelajar disegenap sudut boleh mendapat capaian dengan lebih baik.

“Manakala peruntukan kolej swasta TARUC dinaikkan peruntukan dari RM30 juta kepada RM58 juta,” ujarnya.

Oleh demikian, Nasrul Ali Hasan menyifatkan peruntukan kepada pendidikan vernakular ini tidak memupuk semangat perpaduan dan diibaratkan seperti ‘kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan’.

“Inikah dikatakan Kerajaan Islam – Melayu? Layakkah mereka menggelar diri mereka sebegitu sedangkan hakikat sebenar sekadar nak menarik hati majoriti rakyat.

“Muafakat Nasional, Perikatan Nasional nama nak hebat, jual nama perjuangan Melayu Islam. Akhirnya setelah diberi peluang memimpin, rakyat majoriti ditindas di tanah sendiri.

“Rakyat bertepuk tangan, bersorak apabila pemimpin pilihan mereka dapat memimpin negara, namun akhirnya kepercayaan itu dibaham bagi memenangi hati bukan kaum pribumi dan orang Islam,” luahnya. – SM

(Visited 156 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button